Shiha Pelik Sukar Popular Di Negara Sendiri Berbanding Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 5:30 AM

Shiha Zikir

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PENYANYI Shiha masih tertanya-tanya kenapa dia sukar mendapat tempat dalam industri hiburan di negara sendiri berbanding populariti singkatnya di Indonesia.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, berkata, dia menyifatkan perkara itu mungkin belum sampai rezekinya atapun industri hiburan Malaysai terlalu kecil.

“Susah sikit nak dapat perhatian di Malaysia, tak tahu kenapa! Mungkin industri kita terlalu kecil dan banyak saingan.

“Jadi susah untuk saya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Tetapi saya tidak berkecil hati dan menganggap ia bukan rezeki saya. Lagipun saya masih mempunyai peminat tempatan yang setia,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Bagaimanapun tambah Shiha, sejak mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian D'Academy Asia di Jakarta, Indonesia 29 Disember tahun lalu, dia berjaya menambat hati peminat di negara itu pula.

Malah, ekoran populariti tersebut, peluang Shiha di Indonesia dilihat lebih cerah.

“Orang di Indonesia menyokong saya sepenuhnya walaupun saya dari Malaysia. Malah ada beberapa produksi negara itu mahu menghulurkan bantuan sekiranya industri tempatan (Malaysia) kurang memberi peluang kepada saya.

“Jadi sekarang ini saya hanya berusaha dan di mana Allah letakkan rezeki, di situlah akan saya akan pergi,” ujarnya.

Shiha mendapat tempat ketika pada pertandingan D 'Academy Asia pada 29 Disember 2015.

Sementara itu, Shiha turut meluahkan rasa syukur kerana masih lagi mendapat sokongan daripada peminatnya di Malaysia dan teman-teman artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Datuk Siti Nurhaliza, Nora Danish, Zoey Rahman, Mas Idayu dan Amelina sepanjang dia terlibat dengan rancangan D'Academy.

Dalam pada itu dia juga tidak menyangka, penglibatannya dalam pertandingan itu membuatkan pengikut di laman sosial Instagramnya naik mendadak iaitu dari 120,000 sehingga 500,000.

"Alhamdulillah, saya kini juga mempunyai peminat dari Indonesia. Masih ingat lagi ketika menjalani latihan untuk pertandingan D'Academy Asia, ramai yang tunggu di studio semata-mata mahu memberi hadiah.

"Artis-artis terkenal seperti Inul Darastita, Ivan Gunawan dan Soimah juga bantu memberi gaun untuk membuat persembahan," tuturnya.

Sementara itu, kata Shiha, dia bersama barisan peserta akhir D'Academy Asia iaitu Fitri Hiswandy, Lesti dan Danang akan merakamkan single lagu baharu di mana komposer tempatan, Pak Ngah turut terlibat dengan penghasilan lagu-lagu mereka.

Dalam perkembangan lain, Shiha akan kembali ke Jakarta pada Ahad ini bagi memenuhi undangan nyanyian  sempena ulang tahun ke 21 stesen televisyen Indosiar di Stadium Senayan City.

Antara penyanyi lain yang turut terlibat ialah Agnez Monica, Judika, Noah dan Shahrini.

"Alhamdulillah, ada saja rezeki dari sana (Indonesia). Buat masa ini saya akan berulang alik ke Indonesia sekiranya mempunyai undangan nyanyian.

"Dan andai kata diberi peluang untuk mengembangkan karier dan perlu menetap di sana, apa salahnya. Bagi saya rezeki jangan ditolak, tambahan pula bukan mudah untuk kita menembusi pasaran di negara itu," katanya.

Selain itu, Shiha juga akan sibuk membuat promosi di Malaysia menerusi lagu baru, Novel Cinta, ciptaan Ajai.

Tags / Kata Kunci: Shiha Zikir

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan