Izzue Islam Lakukan Rawatan Cuci Darah Mahu Elak Penyakit

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 12:30 PM

Izzue Islam bakal keluar dengan telefilem Oh My Ganu2!.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Izzue Islam memberitahu tindakannya melakukan rawatan mencuci darah bukan disebabkan dia menghidap apa-apa penyakit sebaliknya kaedah itu untuk kepentingan kesihatan semata-mata.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 26, berkata, rawatan tersebut dilakukan setelah menyedari pentingnya menjaga kesihatan berikutan dia kurang mempunyai masa untuk bersukan ataupun mengamalkan gaya hidup sihat.

"Saya buat rawatan cuci darah itu bukan sebab saya ada apa-apa penyakit pun. Biarpun selalu kita dengar orang tua-tua yang berpenyakit sahaja buat rawatan ini, tapi silap sebenarnya.

"Ia adalah untuk kesihatan, apabila kita cuci darah kotor tersebut ia akan dimasukkan semula darah kita yang sudah ditapis dan buang kolestrol atau apa-apa yang kotor. Secara tidak langsung ia mencegah daripada didatangi sebarang penyakit," ujarnya kepada mStar Online.
 

Izzue Islam menjalani rawatan cuci darah baru-baru ini.

Izzue berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar dia melakukan rawatan cuci darah yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa lalu yang mendapat pelbagai respons daripada pengguna laman sosial.

Tambah Izzue, sebagai seorang artis yang seribu sibuk dengan jadual harian, dia mengambil langkah tersebut sebagai usaha menjaga kesihatannya.

"Saya ni sibuk dengan kerja dan penggambaran, tiada masa nak jumpa doktor dan pemakanan setiap hari juga tidak sihat kerana sering makan makanan segera.

"Ramai kawan cadangkan untuk buat rawatan ini dan Alhamdulillah ia nampak perubahan apabila saya rasa lebih segar dan sihat," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang harga kerana rawatan tersebut sering dikaitkan dengan orang-orang terkenal dan kenamaan, Izzue berkata, kos rawatan tidak semahal yang dijangkakan.

"Kita selalu dengar orang kaya dan terkenal sahaja yang buat rawatan ini tapi sebenarnya tidaklah mahal sangat, tidak sampai pun RM1,000 sekali rawatan, pada saya ia berbaloi untuk kesiahatan yang baik," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, Izzue berkata, dia bakal keluar dengan telefilem terbaharu Oh My Ganu 2? akan disiarkan pada 16 Januari di Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Maya HD (Saluran 135).

Sementara itu, Izzue yang juga ahli kumpulan Forteen bakal keluar dengan single terbaharu mereka dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Izzue Islam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan