Norman Hakim Ke India, Hasrat Rai 'Birthday' Dibatalkan

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 5:30 AM

Memey galakkan Normah Hakin berlakon di India.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza berkata, rancangan untuk menyambut hari lahir suaminya Norman Hakim ke Indonesia pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan selepas aktor tersebut menerima tawaran berlakon di India.

Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 28, berkata, mereka hampir-hampir membeli tiket penerbangan ke Bandung sebelum tawaran Norman menerima kira-kira seminggu lalu.

"Kami hampir-hampir nak beli tiket penerbangan ke Bandung kerana pada asalnya nak sambut birthday  abang Norman di sana. Tiba-tiba dia dapat tawaran ke India.

"Pada awalnya memang dia berbelah bagi dan bertanya banyak kali kepada saya dia risau saya dan anak-anak berkecil hati kerana membatalkan percutian tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

Norman, Memey dan anak-anak mereka ketika bercuti ke luar negara.

Memey diminta mengulas mengenai Norman Hakim yang kini berada di Chennai India sehingga 15 Januari ini untuk menjalani penggambaran filem Tamil, Kabali yang menampilkan superstar Rajinikanth.

Selain Norman, pelakon Datuk Rosyam Nor dan Zack Taipan turut terlibat dalam filem arahan Pa Ranjith itu. Filem tersebut juga bakal menemui penonton pada April ini.

Dalam pada itu, Memey berkata, sebagai isteri dia tidak berkecil hati, malah orang pertama yang memberi galakkan kepada Norman untuk menerima tawaran tersebut.

"Masa dia beritahu saya tentang berita itu, saya terus setuju dan menyuruh dia menerima tawaran tersebut kerana bagus untuk kerjaya dia," ujarnya.

Sementara itu, Memey berkata, anak sulung mereka Mohamed Darwish Hakim, 3, menjalani hari pertama persekolahan di Tadika Tahfiz Al-Munir di Taman Melawati tanpa sebarang masalah.

Biarpun, melakukan perkara tersebut tanpa suaminya, Memey berkata, ia merupakan tanggung jawab yang perlu dipikulnya.

"Hari ini (Isnin) anak sulung kami melalui hari pertama di sekolah tadika tahfiz. Semua urusan abang Norman sudah selesaikan kini tanggungjawab saya untuk hantar dia sahaja.

"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan dia gembira dapat ramai kawan," ujarnya.

Norman dan Memey berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Mohamed Darwisz Hakim, 3, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 9 bulan.

Tags / Kata Kunci: Memey Suhaiza

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan