Penyanyi M Daud Kilau Semakin Pulih

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 9:00 PM

Gambar fail Datuk M Daud Kilau (kiri) bersama Zahid (AF 2) dalam satu rakaman televisyen.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Penyanyi veteran Datuk Mohd Daud Kilau, 77, atau lebih dikenali sebagai M Daud Kilau yang dimasukkan ke Hospital Teluk Intan sejak Ahad lepas, kini semakin pulih.

Pelantun lagu Cek Mek Molek dan Gila Judi berasal dari Kampung Sungai Balai, Bagan Datoh itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami komplikasi membuang air kecil.

Ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan pada Selasa, 'Raja Gelek Malaysia' itu dilihat beransur pulih, malah yakin akan sembuh dalam masa terdekat selepas menerima rawatan, dan seterusnya kembali bertemu peminat.

"Saya juga meminta peminat, rakan-rakan serta rakyat Malaysia mendoakan kesihatan saya agar baik kerana saya tidak akan mengalah selagi kudrat masih ada untuk menghiburkan peminat," kata beliau sambil ditemani anak lelakinya, Ahmad Zaini Mohd Daud.

Sementara itu, Ahmad Zaini, 44, berkata bapanya dimasukkan ke wad selepas mengadu sukar untuk membuang air kecil.

"Bila ayah mengadu, kami segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi doktor menyarankan supaya ayah dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan rapi," katanya.

Ujar Ahmad Zaini, bapanya itu sememangnya menghidap kencing manis dan masalah buah pinggang.
Tags / Kata Kunci: M Daud Kilau

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan