Artis Mampu Raih Pendapatan Lumayan Selepas Sertai AJL - Hazama

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 4:30 AM

Hazama. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Hazama menyifatkan mana-mana artis yang berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) akan memberi peluang kepada mereka untuk menaik taraf kadar harga bayaran masing-masing.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 32, berkata, perkara itu sekali gus memberi keuntungan kepada para artis untuk meraih pendapatan yang lebih lumayan, sesuai dengan pencapaian masing masing.

"Bagi saya, AJL memberi peluang kepada artis-artis menaik taraf kadar harga pendapatan mereka memandangkan ia sebuah acara berprestij yang menjadi kayu pengukur dalam kerjaya seseorang penyanyi itu.

"Sebab itu mereka begitu bersungguh-sungguh dalam membuat persiapan sehingga menghabiskan ribuan ringgit untuk memberikan persembahan yang terbaik. Begitu juga dengan saya, AJL banyak mengubah kerjaya seni saya," katanya kepada mStar Online.

Hazama berkata demikian selepas ditanya mengenai perubahan taraf seseorang penyanyi yang menyertai AJL.

Sementara itu, Hazama juga sedang membuat persiapan bagi Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) yang bakal berlangsung pada 24 Januari ini.

Kata Hazama, kali ini dia ingin memberi fokus dalam vokal nyanyiannya menerusi lagu Sampai Mati dan mensasarkan untuk menang dalam kategori Vokal Terbaik.

Bagaimanapun, dia tahu ianya bukan sesuatu yang mudah kerana penyanyi lain juga mempunyai kekuatan vokal yang sangat mantap.

"Jika AJL sebelum ini saya memberi fokus pada persembahan, kali ini saya akan menumpukan cara penghayatan nyanyian dan vokal dalam Sampai Mati.

"Bukan mudah untuk meraih kategori vokal terbaik kerana penyanyi-penyanyi yang berjaya ke final AJL30 mempunyai kehebatan vokal masing-masing, terutamanya Dayang.

"Tetapi bukan mahu menandingi sesiapa, cuma mahu memberi saingat yang sihat antara satu sama lain," ujarnya.

Selain Hazama, penyanyi lain yang akan terlibat dengan AJL30 termasuklah Dayang Nurfaizah, Akim & The Majistret, Drama Band, Caliph Buskers, Kaka & Alif, Stacy & Altimet, Faizal Tahir (Tomok), Noh Salleh, Bunkface, Black dan Elizabeth Tan.

Tags / Kata Kunci: Hazama

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan