Masalah Disiplin Ahli Buatkan Daniel (Loka) Bergerak Solo

Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 5:00 AM

Dan (Loka)

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesukaran mendapatkan komitmen sepenuhnya serta masalah disiplin daripada beberapa ahli kumpulan membuatkan vokalis Loka iaitu Dan Azreen membuat keputusan untuk bergerak sebagai penyanyi solo.

Dan atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 23, berkata, dkeputusan itu dibuat selepas memikirkan masalah tersebut dapat mengganggu kerja dan kepercayaan pihak luar terhadap dirinya.

"Setiap kali ada majlis-majlis hiburan, promosi atau sesi fotografi bersama Loka, yang hadirnya cuma saya seorang.

"Saya perlu menjaga reputasi juga kerana jika masalah disiplin dan komitmen sering timbul, ia boleh menjejaskan kepercayaan orang terhadap Loka.

"Jadi, buat masa ini, biarlah saya bergerak solo dahulu," katanya kepada mStar Online.

Kumpulan Loka

Bagaimanapun tambah Dan, dia belum terfikir lagi untuk membubarkan Loka kerana masih sayangkan nama kumpulan tersebut.

Katanya, banyak kenangan manis, susah dan senang yang dilalui menerusi kumpulan itu dan tidak mungkin dia akan membubarkan nama Loka dengan begitu sahaja.

Sementara itu, Dan memberitahu sudah mula menghasilkan beberapa lagu baharu untuk dirinya sebagai penyanyi solo dan antaranya termasuklah lagu Cintaku, Maafkan Aku dan Demi Kita.

"Nak ikutkan, lagu-lagu tersebut sudah pun dirakamkan. Cuma ada beberapa perkara yang membuatkan saya kurang berpuas hati membuatkan rakaman tersebut dibuat semula.

"InsyaAllah, saya bakal tampil dengan single lagu baharu dalam masa terdekat ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dan berkata, dia turut melibatkan diri dalam perniagaan minyak dan gas bersama rakan-rakannya.

Tags / Kata Kunci: Dan Azreen , Loka

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan