Sheera Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Ovari

Diterbitkan: Jumaat, 1 Januari 2016 6:00 AM

Sheera Iskandar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sheera Iskandar baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalamovari  pada Selasa lalu di Hospital Pakar Damansara di sini.

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar, 30, berkata, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan dalam ovari dan ia perlu dibuang dengang segera.

“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai ke tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Sheera kini masih lagi ditahan di wad memandangkan tahap kesihatannya masih belum stabil.

Tambah Sheera, ekoran ketumbuhan itu membuatkan dia sukar untuk hamil dan berharap peluang untuk mengandung lebih mudah selepas pembedahan tersebut.

Sementara itu, Sheera berkata, doktor turut menasihatkan dia untuk menjaga pemakanan agar penyakit tersebut tidak berulang.

"Zaman sekarang ini, kita sering makan makanan berbentuk segera. Ayam pun disuntik. Jadi pengambilan makanan kita tidak sihat.

"Saya harap selepas ini saya dapat mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, InsyaAllah," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Sheera kini sibuk dengan promosi sebagai duta produk kecantikan Dara Anggun.

Tags / Kata Kunci: Sheera Iskandar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan