Lufya Omar Minta Gambar Tidak Berhijab Dengan Almarhum Tunku Jalil Dipadam

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 6:00 AM

Lufya Omar. Foto:IBRAHIM MOHTAR/Star Media Group

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Lufya Omar meminta agar gambarnya yang tidak berhijab ketika bersama Almarhum Tunku Abdul Jalil yang pernah tersebar sebelum ini dipadamkan.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 30, berkata, perkara tersebut hanya boleh mengundang fitnah dan dosa kepada pengguna laman sosial yang membacanya.

"Saya mohon agar orang ramai membuang semua gambar-gambar saya yang tidak bertudung terutamanya gambar dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil yang pernah menjadi viral dahulu.

"Gambar tersebut tersebar semula dengan tajuk yang tidak sepatutnya hingga boleh menimbulkan fitnah, saya tidak mahu perkara itu mengaibkan mana-mana pihak," ujarnya kepada mStar Online.

Lufya berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta butik vendor Pretaporter, di G Village, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, ditanya tentang kemangkatan Almarhum Tunku Jalil yang sebelum ini pernah dikaitkan denganya, Lufya berkata, dia turut berduka dengan pemergian tersebut.

"Sudah tentu saya turut bersedih, bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia juga terutamanya rakyat Johor terasa kehilangan," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang pelantikannya sebagai duta butik pakaian Pretaporter, Lufya berkata, ia merupakan butik vendor terbesar yang menawarkan 70 jenama pakaian tempatan dan luar negara.

Katanya, dia turut menjual tudung di bawah label Luffy Luffy Scarves yang bakal dilancarkan Januari ini.

"Butik ini bakal beroperasi tidak lama lagi di tingkat 1, G Village, dengan keluasan 7000 kaki persegi yang boleh memuatkan 70 vendor.

"Buat masa ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian dan masih membuka peluang kepada mana-mana vendor yang berminat," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Lufya Omar

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan