12 Peserta Sudah Ditemui Untuk Berentap Dalam Mentor Milenia

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2015 5:30 AM

Penggerak Mentor Milenia. Dari kiri Black Hanafiah, Akim Ahmad, Hazama dan Azlan. FOTO: Ibrahim Mokhtar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 12 peserta terbaik diumumkan untuk bersaing di pentas Mentor Milenia yang bakal bersiaran setiap Ahad di TV3 bermula 3 Januari 2016.

Peserta-peserta tersebut dipilih melalui uji bakat yang dilakukan oleh empat mentor terdiri daripada Hazama, Black Hanafiah, Azlan dan Akim Ahmad.

Kesemua peserta  tersebut ialah Fareez, Mya & Ebal akan berada bawah tunjuk ajar Hazama, Nuri, Zetty & Ain (Azlan), Han, Ebba & Meen (Akim Ahmad), dan Wanie, Qody & Haq (Black Hanafiah).

Pemilihan peserta berkenaan diumumkan dalam satu sidang media di Hotel Pullman Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Barisan 12 peserta bersama mentor yang bakal berentap 3 Januari ini.


Penerbitnya Ahmad Saifulizam Arshad (Gbam) berkata, setiap mentor mempunyai strategi tersendiri dalam memilih kriteria setiap protoge masing-masing.

"Setiap mentor sudah memaklumkan kepada saya kenapa mereka pilih peserta-peserta tersebut.

"Kami percaya mereka juga ada sebab dan strategi untuk menggilap bakat protoge itu dan sukar untuk membuat pemilihan kali ini kerana terlalu ramai yang datang pada uji bakat yang kami anjurkan minggu lalu" ujarnya.

Sementara itu, program Mentor Milenia bakal dihoskan oleh pengacara Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.

Tambah Saifulizam, Mentor Milenia tidak mempunyai panel juri kerana keputusan persembahan protege adalah berdasarkan jumlah undian penonton di studio yang mewakili 30 peratus dan 70 peratus pemarkahan lagi menerusi laman web rasmi program tersebut.

Mentor Milenia akan disiarkan bermula pukul 9 malam.

Tags / Kata Kunci: Mentor Milenia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan