Hafiz Suip Semakin Matang Selepas Bertunang - Berita Hiburan | mStar

Hafiz Suip Semakin Matang Selepas Bertunang

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 5:30 AM

Hafiz mengakui semakin matang sejak mengikat tali pertunangan pada Febuari lalu. Foto IBRAHIM MOKHTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip mengakui lebih matang selepas mengikat tali pertunangan dengan Nureffy Jasreel Abdullah, 22, pada Febuari lalu.

Hafiz, 25, berkata, dia kini lebih bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi pelbagai aspek dalam kehidupannya.

"Jika hendak cerita mengenai perubahan selepas bertunang memang banyak sebenarnya tetapi saya sendiri dapat rasa saya lebih matang dalam pelbagai hal.

"Saya mula berfikir tentang tanggungjawab kerana saya tidak boleh lagi mengambil ringan tentang perkara yang berlaku disekeliling saya.

"Ia perubahan positif dan persediaan buat saya juga sebelum melangkah ke alam perkahwinan," katanya kepada mStar Online.

Hafiz dan Nureffy dijangka bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 14 Mei 2016.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu tempoh bertunang turut hadir dengan dugaan namun menganggap ia sebagai satu ujian sebelum berkahwin.

Kata Hafiz, dugaan tersebut lebih kepada tekanan dalam merancang majlis perkahwinannya nanti namun bersyukur keluarga dan teman rapat banyak membantunya menyelesaikan beberap isu yang timbul.

"Betul kata orang-orang tua tempoh bertunang itu banyak dugaannya dan saya sendiri tidak ketinggalan daripada merasainya.

"Alhamdulillah dugaan itu bukan kepada hubungan saya dan tunang tetapi lebih kepada persiapan perkahwinan kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal tampil dengan konsert 5 Divo bersama empat lagi artis lelaki di rantau ini iaitu Hazama, Taufik Batisah, Judika dan Afgan.

Konsert berkenaan bakal berlangsung pada 16 Febuari depan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Tags / Kata Kunci: Hafiz Suip , 5 Divo
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan