Black Hanafiah Ada Sebab Umum Awal Kandungan Kedua Isteri

Diterbitkan: Ahad, 27 Disember 2015 5:20 AM

Black bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanafiah tidak melihat tindakannya mengumumkan berita kehamilan kedua isterinya baru-baru ini sebagai satu kesalahan walaupun ada menganggap masih terlalu awal untuknya berbuat demikian.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 28, berkata, dia sedar ada pihak mempertikaikan perkara tersebut yang dianggap sebagai tidak sesuai namun dia tidak mengambil serius kata-kata berkenaan kerana niatnya adalah baik.

"Biasalah dalam setiap apa kita buat pasti akan dikritik oleh sesetengah pihak yang kurang senang tetapi niat saya baik.

"Apabila saya kongsi berita ini, Insya-Allah pasti ramai akan mendoakan kesejahteraan isteri dan anak yang bakal dilahirkan itu," katanya kepada mStar Online.

Isterinya, Naquia Yasirah kini sedang hamil sembilan minggu dan pasangan berkenaan turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Khaleef Dayyan berusia 11 bulan.

Dalam pada itu, Black berkata, semenjak mengetahui isterinya hamil tawaran diterimanya dalam bidang seni semakin mencurah-curah dan menganggap ia sebagai rezeki anaknya.

"Alhamdulillah rezeki cukup murah dan ini adalah rezeki untuk anak-anak dan Insya Allah dalam kesibukan itu saya akan melancarkan album terbaharu dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Black berkata, dia kini sibuk dengan program Mentor Milenia dan dia bertindak sebagai mentor dalam rancangan itu.

Tags / Kata Kunci: Black Hanafiah , Mentor Milenia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan