Star Wars: The Force Awakens Mula Ditayang Dalam Versi Bahasa Tamil

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 10:21 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filem Star Wars: The Force Awakens akan dapat ditonton dalam versi bahasa Tamil mulai hari ini.

Golden Screen Cinema (GSC) dalam satu kenyataan berkata filem fiksyen sains versi Tamil itu akan ditayangkan dalam bentuk alih bahasa Tamil di beberapa pawagam terpilih.

Pawagam-pawagam tersebut adalah GSC Nu Sentral; GSC Quill City Mall; GSC Klang Parade Mall; GSC IOI Mall; GSC Amanjanya Mall, Sungai Petani; GSC Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya; GSC IOI City Mall, Putrajaya; dan GSC Terminal 1 Seremban.

Dengan pungutan kira-kira RM1.07 bilion di Amerika Utara, filem lakonan Harrison Ford ini telah mencipta sejarah apabila muncul sebagai filem paling berjaya bagi tayangan hujung minggu.

Ia mengatasi rekod Jurassic World terbitan Universal yang meraih RM894.29 juta ketika ditayangkan Jun lalu, menurut Disney.

Di seluruh dunia filem ini sudah memungut RM2.27 bilion sejak membuka tayangannya di peringkat antarabangsa, Khamis lalu sekali gus memadam rekod Jurassic World yang memungut RM2.25 bilion di peringkat global bagi pungutan hujung minggu.

Sementara itu The Force Awakens hanya dapat ditonton mulai 9 Januari tahun depan di China dan ia membuktikan kutipan filem ini sangat memberangsangkan.

Ini kerana China adalah pasaran kedua terbesar dunia bagi industri filem.
Tags / Kata Kunci: Star Wars , versi Tamil , GSC

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan