"Konflik Suami Isteri Boleh Kukuhkan Rumah Tangga" -Keith Foo

Diterbitkan: Jumaat, 25 Disember 2015 5:00 AM

Keith Foo

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Keith Foo menyifatkan pertelingkahan dalam perhubungan suami isteri amatlah penting dalam mengukuhkan rumah tangga.

Keith, 32, berkata, ini kerana, konflik yang timbul akan membuatkan pasangan lebih memahami antara satu sama lain dan perkara iru juga sering terjadi antaranya dengan isteri, Kim Raymond, 29.

"Selain menjadi isteri, Kim juga merupakan pengurus dan pengkritik saya. Dan diakui kami kerap bertelingkah sebelum mencapai kata sepakat dalam membuat keputusan terutamanya.

"Bagi saya, konflik itu penting kerana ia adalah proses untuk memahami pasangan dan sekali gus akan menguatkan lagi ikatan cinta suami isteri," katanya kepada mStar Online.

Keith Foo dan Kim Raymond.
Keith dan Kim telah berkahwin secara berdaftar pada 21 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Keith mengumumkan perkahwinan mereka menerusi sebuah laporan media pada September lalu.

Sementara itu, Keith berkata, dia dan Kim kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bagi melengkapkan lagi keluarganya.

"Saya bersyukur jika diberikan rezeki anak dalam masa terdekat ini. Ia adalah satu anugerah yang indah. Mana tahu, tahun depan.." ujarnya.

Keith dan Fazura bergandingan dalam filem Langit Cinta.
Dalam perkembangan lain, Keith bakal muncul menerusi filem Langit Cinta sebagai Aliff bersama pasangan gandingannya, Fazura (Khadija)  pada 7 Januari depan.

Keith berkata, walaupun ramai memuji filem tersebut, dia masih lagi tidak berpuas hati dengan lakonannya.

"Apabila menonton semula filem Langit Cinta, saya nampak banyak kelemahan dalam lakonan saya.

"Mungkin saya terlalu berusaha sehingga tidak sedar dengan setiap perkara yang dilakonkan.

"Bagaimanapun saya bersyukur mempunyai pengarah (Osman Ali) yang hebat, membentuk lakonan saya dengan baik," ujarnya.

Selain Keith dan Fazura, Langit Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan, Normah Damanhuri dan Dian P. Ramlee.

Tags / Kata Kunci: Keith Foo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan