Kesederhanaan Opick Dalam Konsert 'Malam Kalimah Cinta'

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 2:57 PM

Opick memberi persembahan bertenaga menerusi konsert Malam Kalimah Cinta di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Rabu. Foto SHAARI CHE MAT.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malam pembukaan konsert Malam Kalimah Cinta bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1437H/2015M di Panggung Sari, Istana Budaya berlangsung dengan penuh keberkatan dengan alunan lagu-lagu indah nyanyian penyanyi Indonesia Opick.

Sarat dengan elemen zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W., Opick menerusi segmen pembukaannya menyampaikan siri medley lagu seperti Takafur, Ya Nabi Salam, Assalamualaikum dan Rumput Bertasbih.

Tampil sederhana di pentas Istana Budaya, aura Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, 41, bagaimanapun cukup mantap ditambah dengan iringan pemuzik yang dibawa khas dari Indonesia dikenali sebagai Tombo Ati.

Opick berduet menerusi dua buah lagu bersama Siti Nordiana.

Dalam kesederhanaannya, rasa sayu berjaya menyerap ke dalam diri penonton dengan alunan lagu-lagu pujian kepada Baginda Rasulullah.

Kemantapan pemuzik yang mengiringi Opick juga turut memberi aura berbeza pada persembahannya pada malam itu dan Tombo Ati harus diberi pujian.

Malah kecanggihan teknologi di Panggung Sari turut digunakan sebaik mungkin dalam memberikan sebuah persembahan yang meninggalkan kesan kepada penonton.

Opick dalam persembahan tersebut turut berkongsi kisah dan sifat terpuji Rasulullah bersama penonton setiap kali selesai mengadakan persembahan.

Ronnie Hussein.

Malah Opick turut melahirkan rasa syukurnya dapat bersama peminat di Malaysia pada hari istimewa tersebut.

"Meskipun hanya untuk satu malam, sambutan dan energi yang diberikan oleh semua penonton benar-benar menaikkan semangat saya pada hari yang cukup istimewa ini.

"Semoga kita semua diberi keberkatan dan di dalam rahmat-Nya," katanya.

Diteruskan dengan Ya Maulana, Salam Ya Rasulullah, Ya Muhammad Ya Rasulullah dan Ya Nabi Ya Nabi, Opick turut menyampaikan lagu popularnya iaitu Dealova yang mempunyai maksud tersendiri kepada penyanyi dan komposer itu.

Persembahan Opick turut diiringi pemuzik dari Indonesia iaitu Tombo Ati.

Pentas Panggung Sari bertambah seri apabila juara program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana tampil di pentas bersama-sama Opick untuk mendendangkan lagu berjudul Maha Melihat.

Mereka berdua turut mendendangkan lagu berjudulTakdir khas buat penonton yang hadir.

Penyanyi Ronnie Hussein turut diundang bersama-sama memeriahkan Malam Kalimah Cinta menerusi lagu duet berjudul Ya Rasulullah sebelum dia menyampaikan single solonya, Dikoyak Waktu.

Antara lagu lain yang turut berkumandang pada malam tersebut adalah Cahaya Hati, Ya Rahman, Denganmu Aku Tenang, Bila Waktu Telah Memanggil dan Irhamna.

Penyanyi Indonesia itu menyampaikan 23 buah lagu.

Diterbitkan oleh Mask Team dan Indigital Sdn Bhd, Malam Kalimah Cinta berlangsung dari 23 November sehingga 25 November ini.

Manakala Hafiz Hamidun menjayakan acara sama pada 24 dan 25 Disember bersama penyanyi jemputan Lah Ahmad.

Sementara itu, pada set terakhir konsert itu memperlihatkan Opick menyampaikan lagu-lagu seperti Syukur Kurnia, Ketika Cinta Memanggil, Ingat-Ingatlah, Tombo Hati dan Alhamdulillah.

Persembahan selama 90 minti itu berakhir dengan selawat kepada Baginda yang turut disertai oleh Siti Nordiana dan Ronnie Hussien.

Pameran lukisan di lobi Istana Budaya mendapat sambutan hangat.

Dalam perkembangan sama, di ruang lobi Istana Budaya turut diadakan pameran lukisan 'Cahaya Jiwa Amy Search dan Saiful Kadir' dengan lebih 40 buah lukisan khat eksklusif dipamerkan sepanjang tiga malam konsert berlangsung.

Hasil lukisan Saiful Kadir dipamerkan dan menerusi tinjauan mStar Online hampir 40 peratus daripada karya yang dijual pada harga RM5,000 hingga RM15,000 itu telah pun berjaya dijual.

Kolaborasi itu diadakan bagi kempen mengumpul dana untuk Al Bayan School of Quran & Hadith milik Amy menerusi penjualan seni lukisan khat berkenaan.

Tiket bagi menyaksikan konsert Malam Kalimah Cinta masih boleh dibeli pada harga RM85, RM105, RM155, RM185, RM205 dan RM255 dan pembelian boleh dibuat menerusi laman web www.airasiaredtix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan