Amir (Raja Lawak) Sangkal Dakwaan Diserang Strok

Diterbitkan: Khamis, 24 Disember 2015 12:30 PM

amir raja lawak a

Amir menyangkal dakwaan kononnya dia diserang penyakit angin ahmar ketika berada di Singapura baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Amir (Raja Lawak) terkejut apabila dia dikatakan terlantar di sebuah hospital di Singapura akibat serangan penyakit angin ahmar.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, sebaliknya memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan tidak berada di negara berkenaan seperti didakwa.

"Saya ada sahaja di Gombak sibuk dengan perniagaan roti bakar saya dan terkejut juga apabila berita mengenai saya kena strok tersebar luas di laman sosial.

"Alhamdulillah saya sihat dan dakwaan berkenaan tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Dalam pada itu, Amir berkata dia tidak berkecil hati dengan penyebaran berita berkenaan dan menganggap ia cuma salah faham.

Malah kata Amir, dia bersyukur ramai yang mengambil berat tentang keadaan dirinya dan mendoakan agar dia berada dalam keadaan selamat.

"Saya bersyukur ramai yang doakan kesihatan saya selepas perkara itu tersebar dan saya tidak berkecil hati kerana ia salah faham sahaja," katanya.

Sementara itu, Amir berkata, semenjak beberapa hari lalu dia sibuk dengan perniagaan roti bakar Amirreka selepas gerainya itu menjadi bahan bualan di laman sosial.

"Alhamdulillah gerai saya mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan selepas ia menjadi viral di laman sosial.

"Saya sihat cuma sibuk melayan pelanggan yang tidak henti-henti datang ke gerai beberapa hari ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Amir Raja Lawak , Roti Bakar Amirreka

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan