Siri Upin & Ipin Menang Dua Anugerah Di Jakarta

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat produksi animasi Les Copaque  memenangi anugerah 'Watak Kartun Yang Paling Diminati" dan "Kartun Yang Paling Diminati" pada Anugerah Ibu dan Anak 2015 di Jakarta melalui siri animasi Upin Ipin selepas mendapat undian khimat pesanan ringkas (SMS) tertinggi.

Pengarah Kreatif Multimedia, Perbadanan Pembangunan Multimedia Hasnul Hadi, yang mengucapkan tahniah kepada Les Copaque, berkata perbadanan itu berharap pengiktirafan yang diterima oleh studio itu akan memberikan inspirasi kepada lebih banyak studio animasi tempatan untuk mempunyai impian besar dan menjadikan Malaysia bangga.

Sementara itu, Pengarah Urusan Les Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, studio tersebut berasa terharu dengan pencapaian itu dan akan terus berusaha untuk kecemerlangan dalam apa yang dilakukan.

"Misi kami adalah untuk memberikan yang terbaik dalam mewujudkan animasi bertaraf dunia dan kami menyeru mereka yang terlibat dalam industri ini untuk menyertai kami dalam membawa standard animasi tempatan ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Sebagai sebuah syarikat berstatus MSC, Les Copaque telah diasaskan pada  2005 bagi menerajui industri animasi Malaysia dan memberi peluang kepada graduan tempatan untuk mempamerkan bakat mereka.

Studio yang telah memenangi anugerah ini memperkenalkan buat pertama kalinya, siri Upin Ipin pada 2007 yang membawa kepada pelbagai anugerah dan diikuti dengan kemunculan antarabangsa di Disney Channel Asia pada 2009.
Tags / Kata Kunci: Upin & Ipin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan