Osman Ali Menangis Ketika Mengarah Langit Cinta

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 1:13 PM

Osman Ali. Foto CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Langit Cinta iaitu Osman Ali  menyifatkan karya filem itu benar-benar mencabar kerana perlu menjaga emosi setiap pelakon agar selari dengan plot cerita yang berkonsepkan melodrama itu.

Osman yang berkongsi pengalaman penggambaran filem itu berkata, dia hanya akan berpuas hati dengan setiap lakonan pelakon-pelakonnya jika babak yang diarahkan itu berjaya membuatkan dia menangis.

"Filem ini penuh dengan melodramanya dan untuk memastikan setiap babak itu berjaya, saya juga akan sama-sama menangis.

"Jika saya tidak dapat merasa keperitan yang dilalui watak yang dilakonkan, saya percaya ia juga tidampai kepada penonton yang menonton," katanya.

Osman ditemui pada majlis pratonton filem Langit Cinta di GSC Cathay Cineleisure di sini pada Selasa.

Filem Langit Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan, Normah Damanhuri dan Dian P. Ramlee.

Barisan artis yang menjayakan filem Langit Cinta.

Ia mengisahkan percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dan Khadija (Nur Fazura). Alif merupakan anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarganya.

Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia mula jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.Biarpun hubungannya dengan Khadija ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan wanita itu.

Bermula dari situ, kehidupan Alif dan Khadija penuh dengan dugaan dan cabaran.

Sementara itu, Osman berkata, dia bersyukur kerana kesemua pelakonnya memberikan hasil lakonan yang terbaik terutamanya pelakon-pelakon senior.

"Mereka (pelakon senior) datang ke set penggambaran dalam keadaan yang sudah bersedia.

"Saya tidak perlu beritahu apa yang perlu dibuat, pelakon-pelakon senior ini melakonkan karaktor masing-masing seperti yang diinginkan. Babak-babak menangis lakonan Jalal, Dian dan Ogy juga begitu asli. Saya cukup kagum dengan mereka.

"Begitu juga dengan pelakon-pelakon muda, terutamanya Fazura. Dia berjaya menghayati watak Khadija, seorang wanita kampung yang berjiwa kental. Buatkan semua di set menangis," ujarnya.

Langit Cinta bakal ditayangkan pada 7 Januari 2016.

Tags / Kata Kunci: Langit Cinta , Osman Ali

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan