Ezad Lazim Tak Sangka Dapat Peluang Kedua Selepas Isu Dadah

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 6:00 AM

Ezad tidak akan mensia-siakan peluang kedua yang diberikan oleh peminat kepadanya. Foto AZMAN GHANI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza 2 iaitu Ezad Lazim tidak menyangka akan diberi peluang kedua oleh peminatnya selepas dia ditangkap atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu tahun lalu.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 36, berkata, dia beranggapan karier nyanyiannya akan berkubur disebabkan perkara itu namun sejak menyertai Gegar Vaganza 2 situasi itu berubah.

"Saya terima banyak kritikan berhubung isu dadah itu tetapi saya terpaksa penempuhinya kerana ia memang salah sendiri dan menyangka kejadian itu adalah penamat karier saya.

"Ada hikmah rupa-rupanya disebalik kejadian dan saya tidak akan sia-siakan kepercayaan diberikan bukan sahaja oleh peminat tetapi keluarga dan rakan terdekat," katanya kepada mStar Online.

Febuari lalu, Ezad mengaku salah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada kejadian 19 November 2014.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Julia itu dikenakan denda RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Dalam pada itu, Ezad berkata, dia tidak boleh leka dengan kepercayaan diberikan peminatnya dan perlu merangka starategi untuk mengekalkan namanya dalam industri muzik.

Malah kata Ezad, dia juga tidak boleh bergantung semata-mata kepada populariti diraih menerusi Gegar Vaganza 2 kerana ia tidak akan kekal lama.

Ezad bakal muncul dengan single terbaharu.

"Sementara bahang program berkenaan masih ada saya sudah kena mula mengatur strategi dan tidak hanya bergantung kepada populariti semata-mata.

"Insya-Allah saya akan lancarkan single terbaharu dan beberapa projek yang masih dalam perbincangan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai konsert The Blues Jean Concert bersama Exists yang ditunda, Ezad berkata persembahan itu dijadualkan akan berlangsung pada tahun hadapan.

"Sebelum ini saya kecewa juga konsert itu ditunda tetapi Alhamdulillah saya diberitahu penganjur ia akan tetap diadakan pada awal tahun hadapan.

"Diharap impak Gegar Vaganza 2 akan menarik lebih banyak peminat untuk hadir ke persembahan istimewa itu nanti," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ezad Lazim , Gegar Vaganza 2

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan