Jadual Persembahan Nassier Wahab Penuh Sehingga April 2016

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 5:45 AM

Nassier Wahab bakal muncul dengan dua single terbaharu khas buat peminatnya. Foto AZMAN GHANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nassier Wahab mengakui kehidupannya berubah sekelip mata selepas menyertai Gegar Vaganza 2 sehingga jadual persembahan mulai penuh.

Nassier, 53, berkata, selain populariti yang semakin meningkat dia juga sering menjadi perhatian termasuk peminat golongan remaja dan kanak-kanak yang ingin bergambar dengannya.

Sebelum ini kalau saya makan di kedai mamak memang tiada masalah tetapi sekarang sampai tidak sempat makan kerana sering disapa peminat yang ingin bergambar.

"Malah jika ke masjid pun saya menjadi perhatian penangan daripada program Gegar Vaganza 2," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nassier berkata, perhatian yang diterimanya itu langsung tidak membuatkan dia berasa rimas sebaliknya menganggap ia bonus kepada karier seninya.

Kata Nassier, program tersebut banyak memberi impak positif kepada kerjayanya sehinggakan jadual mengadakan persembahan pentas sudah pun penuh sehingga April tahun hadapan.

Jadual persembahan Nassier penuh sehingga April tahun hadapan.

"Alhamdulillah Gegar Vaganza benar-benar memberi kesan positif kepada karier saya malah saya sendiri kadang-kadang tidak percaya dengan respons diberikan peminat.

"Selain Malaysia saya mendapat banyak tempahan persembahan di Singapura dan Brunei sehingga April depan. Alhamdulillah rezeki daripada Allah," katanya.

Sementara itu, Nassier berkata, dia juga melihat sekarang adalah masa paling sesuai untuk melancarkan dua single terbaharunya berjudul Nada-Nada Cinta dan Cinta Suci sebagai tanda terima kasih kepada peminat.

Kata Nassier, dua lagu berkenaan adalah ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto dan ia sudah pun siap dirakamkan beberapa bulan lalu.

"Richard adalah komposer yang mencipta lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang dan saya cukup bertuah dapat bekerjasama dengannya.

"Sekarang adalah masa paling sesuai untuk melancarkan lagu berkenaan memandangkan nama saya sedang 'panas' lagi ketika ini," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nassier berkata, selepas selesai promosi dua single terbaharunya dia bakal muncul dengan sebuah album baharu yang memperlihatkan dia merakamkan semula 10 buah lagu klasik.

Kata Nassier, proses rakaman album berkenaan dibuat di Jakarta, Indonesia dan lagu-lagu yang terdapat dalam album berkenaan sering dinyanyikannya ketika mengadakan persembahan untuk golongan kenamaan.

"Projek ini sangat istimewa kerana buat pertama kali saya rakamkan lagu klasik yang menjadi kegemaran golongan kenamaan ketika saya mengadakan persembahan.

"Ia sudah pun siap dan hanya menunggu masa untuk dilancarkan selepas dua single terbaharu saya dipasarkan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Nassier Wahab , Gegar Vaganza 2 , URTV

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan