Nabila Nikah Pengurus Restoran Jumaat Ini

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 5:03 PM

Nabila Huda

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amy (Search) mengesahkan anak sulungnya, Nabila Huda bakal mendirikan rumah tangga sempena cuti hari Krismas iaitu pada 25 Disember ini.

Amy  bagaimanapun berkata, dia tidak tahu lebih lanjut mengenai majlis pernikahan Nabila dengan teman lelakinya yang merupakan pengurus restoran Kulcats.

"Saya hanya diberitahu anak saya akan berkahwin pada 25 Disember ini.

"Selebihnya, semua persiapan diuruskan oleh ibu Nabila," katanya kepada mStar Online.

Amy ditemui pada sidang media Cahaya Jiwa Amy Search dan Saiful Kadir di Istana Budaya di sini pada Isnin.

Difahamkan, majlis akad nikah Nabila itu akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pukul 9 pagi.

Sementara itu ditanya mengenai personaliti teman lelaki Nabila, Amy berkata, pemuda berkenaan dilihat sebagai seorang yang baik dan menghormati orang tua.

"Setakat ini saya lihat lelaki itu seorang yang baik dan hormat pada orang di sekelilingnya.

"Saya harap dia dapat bahagiakan anak saya, Insya-Allah," tuturnya.

Nabila, 31, sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

 

Tags / Kata Kunci: Nabila , Amy Search

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan