Erra Fazira Terkejut Gosip Bakal Kahwin Shahir AF

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 6:00 AM

Erra Fazira terkejut apabila ditanya mengenai sejauh mana kebenaran dia bakal berkahwin dalam masa terdekat dengan Shahir AF.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan juara Akademi Fantasia 8 (AF 8) iaitu Shahir terkejut apabila dikatakan bakal berkahwin dengan pemuda itu dalam masa terdekat.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41, berkata, berita berkenaan tidak benar malah dia menegaskan tidak mengetahui mengenainya.

"Tidak benar sumber yang memberitahu anda (wartawan). Sumber itu sepatutnya datang daripada saya atau pihak lelaki.

"Tetapi ia bukan daripada saya namun apa yang boleh saya sahkan di sini tiada perancangan untuk berkahwin seperti didakwa," katanya.

Shahir

Erra berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-45 majalah hiburan URTV di Saloma Bistro di sini, Ahad.

Sebelum ini Erra mengakui rapat dengan Shahir dan menyifatkan hubungan tersebut tidak lebih daripada sebagai seorang sahabat.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana tidak mengetahui hujung pangkal gosip berkenaan.

"Saya tiada komen kerana tidak mengetahui siapa sumber yang memberitahu dan sepatutnya jawapan ada pada sumber berkenaan.

"Kalau benar mesti ada perjumpaan di antara keluarga dan perancangan tertentu tetapi setakat hari ini memang tiada apa-apa perkembangan seperti didakwa sekurang-kurangnya pada pihak saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Erra berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama berjudul Rumi dan Jiwa disamping Remy Ishak dan Fathia Latiff.
Tags / Kata Kunci: Erra Fazira , Shahir AF

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan