Siti Chubby Ceburi Perniagaan Sate Sejuk Beku

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 5:00 AM

Siti Chubby beri peluang pekerjaan kepada ibu tunggal.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Siti Chubby memberitahu kini mengusahakan perniagaan sate sejuk beku secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan sejak beberapa bulan lalu. 

Siti Chubby atau nama sebenarnya Norfatidah Shamsudin, 34, berkata, dia mula menceburi bidang perniagaan tersebut selepas menjadi ibu tunggal kepada lima cahaya mata setelah bercerai dengan suaminya pada Oktober lalu. 

"Saya memulakan perniagaan sate frozen sebagai sumber pendapatan saya sebagai ibu tunggal, yang mana resipi ini merupakan turun temurun keluarga saya. 

"Setakat ini kita buat secara kecil-kecilan dibantu keluarga saya di Felda Kahang Barat, Kluang Johor," ujarnya kepada mStar Online

Siti Chubby berkata, biarpun baharu berjinak-jinak dalam bisnes makanan segera itu, namun dia gembira kerana dapat memberi peluang pekerjaan kepada ibu tunggal lain di kawasan tersebut. 

Katanya, setakat ini, dia mempunyai sepuluh pekerja ibu tunggal yang bertindak mencucuk sate. 

"Alhamdulillah, saya juga buka peluang pekerjaan kepada ibu tunggal lain di kawasan Felda itu yang berminat untuk tambah pendapatan. 

"Setakat ini ada sepuluh orang dan Insya-Allah saya akan buka kepada lebih ramai lagi kerana saya diminta menyediakan sebanyak 50 ribu cucuk sate untuk tahun melawat Terengganu akhir Disember ini," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Siti Chubby yang merupakan pelawak kelahiran Skool Of Lawak ini berkata dia masih aktif sebagai pelakon dan pelawak biarpun namanya kurang mendapat perhatian. 

Katanya, dia juga merancang untuk mencari ahli kumpulan bagi menyertai pertandingan Maharaja Lawak pada tahun depan. 

Tags / Kata Kunci: Siti Chubby

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan