Awie Tidak Rasa Jatuhkan Standard Terima Tawaran Telefilem

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 5:30 AM

Awie sebagai Meon dalam telefilem Kaki Kipas

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Awie berkata dia tidak merasa standardnya sebagai artis terkenal jatuh apabila menerima tawaran sekadar watak sampingan dalam sebuah telefilem berjudul Kaki Kipas

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menerima tawaran tersebut atas dasar rasa tanggungjawab sebagai anak seni dalam membantu sesebuah karya menjadi lebih baik. 

"Saya tidak kisah berlakon filem ke drama ke yang penting penglibatan saya sesikit sebanyak membantu industri seni. 

"Mereka sudah lama mahukan saya berlakon dalam telefilem ini dan sanggup menunggu jadual saya," ujarnya kepada mStar Online

Barisan pelakon telefilem Kaki Kipas.


Awie berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Kaki Kipas, di Pusat Perusahan Amari, baru-baru ini. 

Awie berkata, dia memeggang watak Meon iaitu pemandu Datuk Faizal yang akhirnya bercinta dengan anak saudara Datuk tersebut. 

Kata Awie, menerusi telefilem ini dia dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon baharu yang sedang meningkat naik. 

"Watak saya senang sahaja dalam telefilem ini iaitu pemandu dan saya bercinta dengan Intan lakonan Reen Rahim," ujarnya. 

Tambah Awie, cabaran utama adalah dia  terpaksa membahagikan antara masa penggambaran dengan masa latihan konsert Wings 30 Tahun yang bakal berlangsung pada 25 Disember ini. 

Telefilem Kaki Kipas merupakan arahan Nazir Jamaluddin terbitan Zamriez Golden Pictures ini dijangka bakal ditayangkan di TV9 pada Januari depan.

Antara pelakon lain yang terlibat ialah Ebby Yus, Reen Rahim, Adam Shah, Bell Ngasri dan Siti Chubby.


Tags / Kata Kunci: Awie , Kaki Kipas

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan