83 Artis Veteran Terima Sumbangan KKMM

Diterbitkan: Ahad, 20 Disember 2015 4:00 AM

Malam Apresiasi Artis Sepanjang Zaman yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), malam Sabtu. Foto AZLINA ABDULLAH / The Star

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 83 artis veteran menerima sumbangan wang tunai pada majlis Malam Apresiasi Artis Sepanjang Zaman yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), malam Sabtu. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan seniman dan seniwati tanah air yang banyak berbakti mewarnai industri kreatif negara. 

"Objektif majlis pada kali ini adalah sebagai penghargaan kerajaan melalui KKMM kepada seniman dan seniwati tempatan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Usaha mereka dalam menjana pembangunan industri kreatif negara dari dulu hingga sekarang tidak boleh kita lupakan," ujarnya. 

Majlis ini merupakan kerjasama antara KKMM, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) dan RTM. 

Hadir sama Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi KKMM, Datuk Che Azemi Haron, Ketua Pengarah RTM, Datuk Abu Bakat Ab Rahim dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman. 

Antara artis veteran yang menerima sumbangan ialah Tan Sri Jins Samsuddin, Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi, Ruminah Sidek, Razali Buyong, Zaiton Sameon, Norlia Ghani, Hamid Gurkha, Uji Rashid, Kismah Johar dan Aripah Damanhuri. 

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada Salamiah Hassan, Hadi Carefree, Rohana Jalil, Kila Fairy dan Zaiton Sameon.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan