Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Hamil Empat Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 19 Disember 2015 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hairul Azreen, 27, mengumumkan bahawa isterinya pelakon Hanis Zalikha, 25, kini sedang mengandung empat bulan. 

Pasangan tersebut yang kini sedang menunaikan umrah memberitahu berita gembira itu menerusi laman Instagramnya pada Sabtu. 

"Dua tahun lalu di sini saya berdoa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kini saya kembali bersama nikmat yang Allah bersama isteri saya.

"Alhamdulillah di tempat pertemuan Adam dan Hawa ini saya ingin berkongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung empat bulan," ujarnya. 

Status yang dimuat naik itu mendapat lebih 24,733 like dan 1,000 komen ucapan tahniah daripada pengikut laman sosial Instagramnya. 

Rata-rata pengguna laman sosial mendoakan kebahagiaan pasangan ini. 

Pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha selamat diijabkabul pada 5 Jun 2015 di kediaman wanita itu di Bukit Jelutong dekat sini.

Tags / Kata Kunci: Hairul Azreen , Hanis Zalikha

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan