Shahrol (Shiro) Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 6:05 AM

Imej terbaharu Shahrol (Shiro). FOTO: M. AZHAR ARIF

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Era Fm, Shahrol (Shiro) merancang untuk menamatkan zaman dudanya pada tahun depan.

Bagaimanapun, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi, 31, belum bersedia mendedahkan identiti wanita tersebut kepada umum.

"Insya-Allah, perancangan untuk berkahwin kalau tiada aral melintang pada tahun depan. Saya mungkin akan terus kahwin dan tiada majlis bertunang.

"Saya mengenali wanita tersebut sudah dua tahun dan kalau sampai masanya saya akan beritahu kepada umum," ujarnya kepada mStar Online.

Shahrol ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Restoran Live House, di sini, pada Rabu.


Shahrol (kiri) bersama Ajak yang menubuhkan kumpulan Shiro popular dalam Raja Lawak siaran Astro.

Ditanya mengapa mengambil masa lama untuk berumah tangga semula, Shahrol berkata, dia masih trauma dengan kegagalan rumah tangga lalu.

"Bukan senang menjalani kehidupan berumah tangga, secara jujurnya saya masih trauma dan berasa takut untuk melaluinya sekali lagi.

"Kalau boleh biarlah kali ini sampai ke akhir hayat," ujarnya.

Sementara itu, Shahrol berkata, hubungannya dengan bekas isteri berakhir kira-kira lapan tahun lalu iaitu selepas tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish, berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun, katanya, hubungan dengan bekas isteri masih baik.

"Saya dengan bekas isteri masih baik dan saya juga sering bertemu anak saya kerana buat masa ini penjagaan anak saya serahkan pada bekas isteri.

"Dia pun belum kahwin lagi, Insya-Allah dia pun akan berkahwin dalam masa terdekat," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Shahrol , Shiro

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan