Faktor Pengalaman, Nabil Ahmad Dipilih Hos Anugerah Meletop Era 2016

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 6:00 AM

Nabil Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelawak Nabil Ahmad dipilih sebagai pengacara Anugerah Meletop Era 2016 (AME 2016) atas dasar pengalamannya mengendalikan beberapa acara hiburan sebelum ini.

Ketua Format Dan Progran Realiti Astro, Namanzee Harris memberitahu, pihaknya memutuskan, Nabil layak menjadi pengacara anugerah berkenaan kerana kejayaannya mengendalikan Gegar Vaganza 2 dan rancangan Meletop.

"Kami memilih Nabil berikutan tahap kredibiliti dan profesional dia mengendalikan program Meletop dan Gegar Vaganza 2. Kami mahu pengacara yang boleh membawa penonton hingga ke akhir rancangan," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media Anugerah MeleTOP Era 2016 di Live House, di sini, Rabu.


AME 2016 bakal diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2016.

Sementara itu, tambah Namanzee, beberapa pengacara lain yang bakal bergandingan dengan Nabil akan diumumkan pada sidang media akan datang.

Dalam pada itu, pencalonan Syamel (AF 2015) dalam tiga kategori iaitu Artis Baharu Melatop Era, Lagu Meletop Era dan Penyanyi Meletop Era berbanding Juara AF 2015 iaitu Sufi yang tiada pencalonan turut menjadi persoalan.

Sebahagian daripada artis yang akan terlibat dalam Anugerah Meletop Era 2016.

Namanzee berkata, ia dikira berdasarkan populariti lagu nyanyian Syamel iaitu Hidup Dalam Mati yang lebih mendapat sambutan berbanding lagu Sufi iaitu Kisah Dua Muka.

"Pada awalnya kita senaraikan 50 calon dan setelah membuat undian dan senarai pendek, kita mengikut populariti individu dan lagu tersebut," ujarnya.

Sebanyak 18 kategori dipertandingkan terdiri daripada Lagu MeleTOP Era, Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Turut diperkenalkan Hos MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Program TV MeleTOP, Bintang Online MeleTOP, Couple MeleTOP, Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita).

Pihaknya juga masih mengekalkan format penganjuran seperti sebelumnya dengan membuka penyertaan kepada semua syarikat televisyen dan radio tempatan, syarikat rakaman, syarikat produksi serta artis.

Talian undian fasa pertama untuk mencari senarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka kepada orang ramai bermula 17 Disember hingga 15 Januari 2016.

Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon kegemaran mereka menerusi khidmat undian secara dalam talian di www.meletop.com.my dan www.era.fm

Manakala, menerusi fasa kedua bagi menentukan pemenang akhir boleh diundi menerusi laman web rasmi, aplikasi Raku bermula 26 Januari hingga 28 Februari 2016.
Tags / Kata Kunci: Nabil Ahmad , Anugerah Meletop

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan