Miera Leyana Sahkan Berkawan Dengan Anak Menteri

Diterbitkan: Khamis, 17 Disember 2015 1:25 PM

Miera Leyana mengenali seorang anak menteri kira-kira setahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana menyangkal gosip terbaharu kononnya dia sedang hangat bercinta dengan anak kepada seorang menteri kabinet walaupun mereka dilihat muncul dalam sebuah majlis.

Miera, 22, bagaimanapun tidak menafikan dia mengenali pemuda berusia 32 tahun itu sejak setahun lalu namun menegaskan mereka hanya sekadar rakan biasa.

"Saya tidak nafikan mengenali dia tetapi hubungan kami sekadar rakan biasa sahaja dan bukannya pasangan kekasih seperti didakwa.

"Bagaimanapun saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku pada masa hadapan tetapi buat masa sekarang kami memang berkawan sahaja," katanya kepada mStar Online.

Miera ditemui ketika hadir pada acara Night of Dignity: Diandra Comeback yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini pada malam Rabu.

Menerusi acara berkenaan pereka fesyen Diandra memperkenalkan koleksi pakaian terbaharu untuk lelaki dan wanita selepas dia menyepi sebelum ini.

Miera turut membawa teman lelakinya itu pada acara berkenaan.

Dalam pada itu, Miera berkata, dia mengenali anak menteri itu selepas terlibat dalam sebuah drama terbitan syarikat produksi milik pemuda berkenaan.

Kata Miera, sejak itu mereka berkenalan dan hubungan itu kekal sehingga hari ini.

Miera bersama pereka fesyen Fazil Diandra.

"Dia seorang yang sangat baik dan ramah membuatkan saya selesa berkawan dengannya tambahan pula kami serasi sebagai kawan," ujarnya.

Tambah Miera, buat masa ini dia masih belum terfikir untuk bercinta memandangkan kesibukan kerjayanya sebagai pelakon.

"Saya masih muda dan ada perkara lain yang ingin saya lakukan sebelum serius bercinta. Buat masa ini fokus saya adalah kerjaya saya," katanya.

Sementara itu, Miera berkata, buat masa ini dia sedang berehat selama dua bulan daripada bidang lakonan selepas selesai menjalani penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya selama setahun.

Malah kata Miera, sepanjang tempoh itu dia terpaksa menolak 30 tawaran lakonan kerana ingin memberi fokus kepada drama bersiri tersebut.

"Saya seronok berlakon dalam Memori Cinta Suraya walaupun penggambaran mengambil masa setahun tetapi puas kerana dapat memegang watak mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon.

"Hampir 30 tawaran berlakon saya terpaksa tolak tetapi nasib baik produksi faham akan jadual saya dan selepas bercuti saya akan kembali ke set penggambaran," katanya.

Tags / Kata Kunci: Miera Leyana

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan