Konvoi Bermotor Wings Cari Pengaruh Di Selatan Tanah Air

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 6:00 PM

Awie mengadakan sidang media di Hard Rock Singapura.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Wings berjaya mencari pengaruh di selatan tanah air bagi menjayakan konsert Wings 30 Tahun yang bakal diadakan di Plaza Angsana, Johor Baru pada 25 Disember ini.

Kembara jelajah yang bermula selama empat hari sejak 10 Disember lalu itu lebih menarik kerana ia disertai kira-kira 30 buah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang diketuai sendiri oleh Awie selaku vokalis kumpulan berkenaan.

Konvoi bermula di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lain di Melaka bagi sesi bertemu peminat.

SILA KLIK: Hujan Tak Halang 20,000 Penonton Banjiri 'Konsert Wings 30 Tahun'

Awie mengetuai konvoi ke Selatan Tanah Air.

Kumpulan konvoi turut meneruskan misi ke Muar, Batu Pahat dan Kluang sambil mengagihkan barangan cenderamata kepada peminat.

Selain Awie, ia turut disertai oleh anggota Wings lain iaitu Eddie, Black dan Joe.

Dalam acara itu juga, Awie diberi penghormatan merasmikan majlis Bingit Bike Fest iaitu sebuah acara bermotor yang bakal diadakan di Kota Tinggi.

Wings bertemu peminat di Melaka, Johor dan Singapura.

Konvoi turut ke Singapura untuk menjayakan sidang media berkaitan konsert serta bertemu peminat di negara itu.

Acara ini merupakan gabungan kerjasama antara Wing Riders dan AgeTech.

Pada 31 Oktober lalu, Wings berjaya memukau kira-kira 25,000 peminat ketika mengadakan persembahan di Stadium Merdeka walaupun ia diadakan dalam suasana hujan.

Tags / Kata Kunci: Awie , Wings

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan