Wani Kayrie Lega Dapat 6A Dalam PT3

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 5:30 AM

Wani buktikan tidak abai pelajaran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jangan Jangan, Wani Kayrie berasa lega apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan pada Isnin.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 15, berkata, keputusan tersebut dapat meyakinkan keluarga dan masyarakat bahawa dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya biarpun aktif dengan nyanyian.

"Alhamdulillah, walaupun sasaran saya untuk dapat 8A, tetapi 6A juga sudah membanggakan kerana saya akui tahun ini agak sibuk dengan kerjaya nyanyian.

"Saya terpaksa bahagikan masa sebaiknya agar tidak ketinggalan. Sekurang-kurangnya saya dapat buktikan kepada ibu dan guru-guru bahawa saya tidak lupakan pelajaran," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Wani ambil keputusan PT3 pagi Isnin di sekolahnya.

PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Wani merupakan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, di sini.

Tambah Wani, keputusan itu juga menyangkal persepsi segelintir pihak yang sering menganggapnya sebagai seorang remaja yang tidak mementingkan pelajaran.

"Saya tahu kerjaya dalam bidang seni tidak selalunya stabil dan saya juga tidak mahu selama-lamanya hanya menjadi penyanyi.

"Saya juga ada cita-cita saya sendiri iaitu mahu menjadi seorang ahli perniagaan," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang kerjaya nyanyian, Wani  bakal merakam sebuah lagu baharu ciptaan Zul 2By2 berjudul Jangan Pernah Pergi.

Tambah Wani, pihak syarikat pengurusannya iaitu Suria Record juga dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah lagu duet bersama penyanyi Indonesia Pasha Ungu.

"Lepas lagu Jangan Jangan saya akan keluar dengan lagu genre balada ciptaan Zul 2By2 dan saya harap ia dapat diterima seperti lagu sebelum ini," ujarnya.


Tags / Kata Kunci: Wani Kayrie , PT3

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan