Bisnes Tiada Sambutan, Amir (Raja Lawak) Turunkan Harga Francais Roti Bakar

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2015 5:45 AM

Amir belum berputus asa mengembangkan perniagaan Roti Bakor Amirreka.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Amir (Raja Lawak) masih belum berputus asa mengembangkan perniagaan snek roti bakar yang diberi nama Roti Bakor Amirreka secara francais meskipun ia tidak mendapat sambutan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata, punca program francais itu gagal menarik perhatian peniaga baharu adalah kerana modal permulaannya yang dianggap tinggi iaitu RM5,000.

"Jujurnya selama hampir enam bulan saya mulakan perniagaan ini ramai yang berminat untuk membuka francais roti bakar tersebut tetapi kebanyakkan daripada mereka tidak mampu dengan modal permulaan sebanyak RM5,000 dikenakan.

"Setakat ini hanya ada dua gerai Roti Bakor Amirreka yang diusahakan oleh saya sendiri namun saya masih belum berputus asa untuk melihat jenama saya itu berkembang menerusi program francais," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Gerai Roti Bakor Amirreka kini beroperasi di Restoran From Taiping With Love di Sri Gombak dan Mamak Republik, Batu Caves dekat sini.

Dalam pada itu, Amir berkata, sebagai alternatif dia mengambil keputusan menurunkan modal permulaan tersebut daripada RM5,000 kepada RM3,000 bagi memudahkan peniaga baharu memulakan perniagaan mereka.

Roti Bakor Amirreka kini mempunyai dua cawangan.

"Mungkin saya akan mengalami sedikit kerugian tetapi niat saya yang sebenar adalah untuk membantu mereka yang berminat menceburi perniagaan.

"Seperti yang saya katakan, ramai yang berminat tetapi kekurangan modal menyebabkan mereka terpaksa melupakan hasrat tersebut.

"Jadi saya fikir apa salahnya merendahkan modal permulaan dan sama-sama membantu," jelasnya.

Sementara itu, Amir berkata, setakat ini dua gerai Roti Bakor Amirreka miliknya semakin mendapat sambutan daripada pelanggan.

Jelas Amir, secara purata dia dapat membuat keuntungan sebanyak RM200 hingga RM400 di setiap gerai setiap hari.

"Saya mula berniaga dari pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam dan Alhamdulillah semakin ramai menyukai roti bakar yang saya buat dan respons diberikan sangat baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah sitkom berjudul JKKK untuk siaran TV3.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung francais Roti Bakor Amirreka boleh menghubungi Shahril di talian 019-6307261.

Tags / Kata Kunci: Amir Raja Lawak , Roti Bakor Amirreka

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan