Juarai GV2, Siti Nordiana Tak Mahu Kontroversi Malapkan Namanya

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 2:29 PM

Aksi Juara Gegar Vaganza 2

  • 1 of 7
  • Siti Nordiana

    Aksi Siti Nordiana dan Acong (Sweet Child) pada pentas akhir Gegar Vaganza musim kedua di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 13 Disember 2015. FOTO: RAYMOND OII.

  • Siti Nordiana

    Persembahan hebat Siti Nordiana dengan membawakan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal Ziana Zain memikat hati juri sehingga dia diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kedua pada 13 Disember 2015. FOTO: RAYMOND OII

  • Siti Nordiana

    Siti Nordiana (tengah) yang menjulang kejuaraan Gegar Vaganza musim kedua diapit oleh Farahdhiya (kiri - tempat kedua) dan Ezad Lazim (tempat ketiga). Pertandingan itu diadakan di Auditorium Majlis Bandarya Shah Alam, Selangor pada 13 Disember 2015. FOTO: RAYMOND OII.

  • Siti Nordiana

    Selain menjadi juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana turut dipilih sebagai pemenang persembahan pilihan penonton yang membolehkan dia menerima wang tunai RM5,000 daripada penaja iaitu Datuk Vida. Hadiah juara pertandingan itu membolehkan pemenang menerima wang tunai RM100,000. FOTO: RAYMNOND OII.

  • Siti Nordiana

    Antara aksi Siti Nordiana di pentas akhir Gegar Vaganza musim kedua. Dalam pertandingan itu Siti Nordiana diumumkan sebagai juara yang membolehkan dia membawa pulang wang tunai RM100,000. FOTO RAYMOND OII.

  • Siti Nordiana

    Siti Nordiana diserbu peminat selepas menjadi peserta paling konsisten dalam pertandingan Gegar Vaganza musim kedua. Dalam pertandingan akhir pada 13 Disember 2015, Siti Nordiana diumumkan sebagai juara. FOTO: RAYMOND OII.

  • Siti Nordiana

    Siti Nordiana membawa pulang wang tunai RM100,000 selepas diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kedua pada pertandingan yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 13 Disember 2015. FOTO: RAYMOND OII.

x
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana akan cuba untuk mengelak daripada dihimpit kontroversi apabila namanya kembali popular selepas menjuarai program Gegar Vaganza 2 pada malam Ahad.

Siti Nordiana atau Nana, 31, berkata, kontroversi yang tidak membantu hanya akan menjejaskan langkahnya untuk kembali mengukir nama dalam industri hiburan tanah air.

"Kalau boleh memang kita tidak mahu ada kontroversi dan gosip, pada saya ia melihat bagaimana kita memberi reaksi kepada gosip tersebut.

"Sejak masuk ke dalam industri saya memang sudah bersedia dengan perkara ini. Pada saya kalau ia sesuatu yang tidak betul, kita tidak perlu layan untuk memanjangkannya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Nana berkata demikian ketika ditanya tentang gosip dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ustaz.

Tambah Nana, dia sedar keputusan untuk kembali aktif ke industri hiburan secara tidak langsung mendedahkan dirinya untuk menjadi perhatian masyarakat.

Siti Nordiana bersama Faradhiya dan Ezad Lazim.

Nana diumumkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Siti Nordiana atau Nana, 31, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Sepanyol bernilai RM30,000 dan trofi sumbangan Astro.

Selain itu, Nana bakal merakamkan single terbaharunya terbitan Astro.

Dalam pada itu, Nana berkata, wang kemenangan tersebut bakal digunakan untuk membaiki rumah keluarga dan membesarkan perniagaan pakaian yang diusahakan selama ini.

"Saya ada perancangan untuk bantu keluarga dan selebihnya untuk mengembangkan lagi perniagaan butik saya.

"Insya-Allah, buat masa ini saya perlu fokus kepada single yang bakal diterbitkan pihak Astro dan tentang syarikat rakaman, ia masih lagi dalam perbincangan," ujarnya.

Selain itu, tambah Nana, biarpun sudah pernah melalui zaman kegemilangan suatu masa dahulu, namun dia masih merasakan perjalanan kerjayanya seperti artis baharu.

Pada malam kemuncak Gegar Vaganza 2, panyanyi Faradhiya berada ditempat kedua manakala bekas vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim terpaksa berpuas hati ditempat ketiga.
Tags / Kata Kunci: Siti Nordiana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan