Aliff Aziz Akui Ada Pihak Cemburui Hubungan Dengan Bella Astillah

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 12:46 PM

Aliff dan Bella rancang kahwin pada tahun depan. - Foto RAYMOND OOI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Aliff Aziz memberitahu ada segelintir pihak yang tidak senang hubungan percintaannya dengan Dayang Nabellah Awang Astillah, 21 hingga cuba memburuk-burukkan mereka di laman sosial.

Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz, 24, berkata, dia yakin pihak tersebut adalah dikalangan rakan-rakan wanita itu yang cemburu dengan hubungan mereka.

"Ada segelintir rakan-rakan baik dia yang lelaki tidak suka dia berkawan dengan saya sehingga sanggup menulis komen buruk di laman sosial memburukkan kami.

"Mereka sebenarnya dulu menaruh hati terhadap Bella. Sejak kami bercinta memang ramai kawan yang menjauhkan diri. Tidak apalah mungkin ketika ini kita tahu yang mana kawan yang benar-benar ingin berkawan dengan kita," ujarnya kepada mStar Online.

Aliff meminta restu ibunya S Hafiza dan Bella.

Aliff ditemui pada majlis pertunangannya dengan Bella Astillah di Cristal Hall, Plaza Jelutong, malam Sabtu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan dalam tempoh setahun dan merancang untuk berkahwin pada tahun depan.

Sementara itu, Aliff berkata, sejak mengenali wanita tersebut setahun lalu, dia banyak berubah menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.

"Kami kenal pada Disember tahun lalu dan sepanjang setahun ini banyak perkara berubah menjadikan saya orang yang lebih baik.

"Saya akui banyak perangai buruk yang saya tinggalkan dan dia juga sering menasihatkan saya jika apa yang saya lakukan itu boleh menjejaskan nama saya sebagai artis," ujarnya. 

Bella Astillah anggun di majlis pertunangannya.

Sementara itu, Bella yang juga kakak kepada penyanyi Didi Astillah memberitahu lelaki tersebut banyak memberi inspirasi dalam hidupnya.

Katanya, sepanjang setahun perkenalan mereka, Aliff menunjukkan ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan suami.

"Kami sudah kenal lama cuma sejak setahun lepas kami mula rapat sebagai kekasih.

"Alhamdulillah keluarga saya dan keluarga dia juga merestui hubungan ini," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan