Anzalna & Mohamad Hanif Nikah 21 Febuari 2016

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2015 1:06 PM

Anzalna dan kekasihnya Hanif bakal disatukan 21 Februari 2016 - Foto LOW LAY PHON

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas menyulam percintaan selama lima tahun, pelakon Anzalna Nasir akhirnya bakal disatukan dengan teman lelakinya, Mohamad Hanif Zaki pada 21 Febuari depan.

Anzalna, 27, berkata, mereka sepakat untuk mengadakan upacara pernikahan di Masjid Negara manakala majlis persandingan pula akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Febuari.

"Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-Allah kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Febuari depan.

"Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat," katanya ketika ditemui media di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, Ahad.

Anzalna dan Mohamad Hanif, 27, membuat pengumuman itu ketika muncul dalam program hiburan Melodi.

TV3 turut bertindak sebagai penyiar rasmi perkahwinan pasangan tersebut menersi liputan eksklusif menerusi beberapa program seperti Mahligai Cinta, Nona, Wanita Hari Ini dan Melodi.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, untuk perkahwinan itu nanti mereka memilih konsep perkahwinan tradisional dengan sentuhan moden.
Tags / Kata Kunci: Anzalna Nasir

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan