A Aida Sangkal Beli Gelaran Datuk

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2015 5:00 AM

A Aida dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit dan pelakon A Aida menyangkal dakwaan bahawa beliau membeli gelaran Datuk yang diterimanya daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, pada malam Jumaat.

A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 44, berkata, anugerah pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu diterima berdasarkan sumbangan dan kerja amal yang dilakukan kepada masyarakat tanpa liputan media.

“Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai.

“Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.

Tambah A Aida, dia enggan mengambil peduli tentang pandangan negatif masyarakat yang hanya mahu mencari kekurangannya sahaja.

A Aida merupakan antara 80 penerima darjah kebesaran yang disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

A Aida dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau merupakan antara 80 penerima darjah kebesaran yang disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan.

A Aida berkata surat penganugerahan itu diterima dari Istana Pahang pada 16 November lalu.

“Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi. Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat.

“Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk,” ujarnya.

Dalam pada itu, A Aida berkata, gelaran Datuk itu memberi suntikan semangat kepadanya untuk terus bergiat aktif dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Pemilik A Aida Production Sdn Bhd ini juga, mahu apa yang dimiliki ini memberi inspirasi kepada golongan artis lain.

“Ia seperti kekuatan pada saya meneruskan perniagaan penerbitan drama dan mungkin saya akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan lain juga.

“Saya juga berharap, sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada artis-artis lain untuk membina kerjaya yang lebih stabil,” ujarnya.

Dalam pada itu, A Aida berkata, dia bukan sahaja aktif menerbitkan drama, malah kini sedang berjinak-jinak menerbitkan lagu-lagu tema serta menulis lirik.

Katanya, lagu nyanyian Nomad berjudul Sorry Sayangku untuk lagu tema drama Hello Mr Perfect mendapat sambutan baik apabila ditonton lebih 1.7 juta di Youtube biarpun belum dimainkan di radio tempatan.

Tags / Kata Kunci: A Aida

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan