Calvin Thoo Tidak Pernah Elak Ditanya Status Mualaf

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 5:45 AM

Calvin Thoo

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pereka fesyen popular Calvin Thoo tidak pernah mengelak jika ada mana-mana pihak ingin bertanya mengenai statusnya sebagai seorang mualaf seperti yang dianggap beberapa pihak.

Calvin, 44, berkata, sebaliknya dia cukup senang untuk berkongsi pengalamannya itu kepada sesiapa sahaja yang bertanya, cuma dia lebih selesa tidak terlalu terdedah dalam dunia glamor.

"Saya setuju, sejak memeluk Islam dua tahun lalu, saya lebih low profile. Tetapi tiada kena mengena dengan agama.

"Mungkin kerana faktor usia, apatah lagi saya sudah lama dalam industri, biarlah kerja saya yang berkata-kata tanpa perlu saya terlalu didedahkan dalam dunia glamor.

"Tetapi, jika ada yang bertanya tentang pengalaman sebagai Islam, saya tidak pernah kedekut untuk berkongsi," katanya kepada mStar Online.

Calvin memeluk agama Islam pada 23 Mei 2013.

Pereka fesyen itu mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin dan Solihin Mokhyi.

Sementara itu, ditanya mengenai perubahan diri sejak dua tahun bergelar mualaf, kata Calvin hidupnya lebih tenang dan banyak perkara yang telah mengubah dirinya .

"Menjadi seorang Islam mengajar saya untuk menjadi lebih merendah diri.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tenang melalui kehidupan harian saya termasuklah dengan kerja-kerja rekaan baju yang dibuat," ujarnya.

Dalam pada itu, Calvin berkata, pembabitannya dalam Festival Fesyen Islamik (IFF) sejak 10 tahun lalu juga sedikit sebanyak mengajarnya tentang Islam.

"Untuk mereka pakaian berlandaskan syariat Islam, banyak ilmu yang harus saya fahami sebelum menghasilkan rekaan tersebut.

"Sedikit demi sedikit saya belajar. Malah, sebelum bergelar Mualaf lagi. Saya bersyukur kerana medium IFF ini juga saya jadikan sebagai tujuan berdakwah.

"Apa-apapun, banyak lagi saya perlu belajar untuk menjadi seorang Islam yang lebih baik," tuturnya.
Tags / Kata Kunci: Calvin Thoo

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan