Caliph Buskers Hasrat Beli Van Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 2:42 PM

Caliph Buskers ingin memasuki kelas vokal sebelum AJL 30.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Caliph Buskers berhasrat untuk membeli sebuah van bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti seni.

Vokalisnya Azmi Saat, berkata, buat masa ini mereka masih mengumpul duit persembahan untuk perkara tersebut, selain masih lagi menyewa van untuk ke mana-mana lokasi persembahan.

"Insya-Allah, memang kami rancang untuk beli van, sekarang masih lagi proses mengumpul duit sedikit-sedikit.

"Kalau ada van sendiri senang sikit untuk bergerak ke lokasi persembahan, buat masa ini macam dulu, kami sewa sahaja jika ingin kemana-mana," ujarnya kepada mStar Online.

Caliph Buskers turut dianggotai oleh Fendy Adlun, Zaki Ismail, Nirwan Zainalabidin dan Nadira Rubiana.

Dalam pada itu, Caliph berkata, hampir setahun dikenali sebagai artis, rezeki undangan membuat persembahan tidak pernah putus.

"Alhamdulillah, setahun ini memang kehidupan kami agak sibuk dengan undangan persembahan. Kadang-kadang ada yang kami terpaksa tolak dengan berat hati kerana jadual bertindih," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang persiapan ke Anugerah Juara Lagu 30 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2016 menerusi lagu Hanya Namamu, Azmi berkata, dia akan ke kelas vokal bagi membaiki mutu nyanyiannya.

Katanya, lagu tersebut agak sukar dinyanyikan berbanding lagu lain.

"Hanya Namamu agak tinggi berbanding lagu lain, kalau ingin nyanyi dengan nada yang betul saya perlu ke kela vokal supaya tidak sumbang.

"Lagu ini perlu dinyanyikan dnegan teknik yang betul, jika tidak tekak cepat kering," katanya.
Tags / Kata Kunci: Caliph Buskers

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan