Pelakon Veteran Momo Latiff Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 8:52 PM

Momo Latiff berlakon sebagai ibu Rose dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon veteran Momo Latiff meninggal dunia di rumah anaknya di Woodlands Singapura kira-kira pukul 5 petang Khamis.

Berita MediaCorp Singapura melaporkan Momo atau nama sebenarnya Marfuah Makarim, 93, meninggal dunia akibat darah tinggi.

Berita itu disahkan oleh anaknya Cik Kamariah Latiff.

Gambar Momo Latiff yang dipetik dari portal Lollipop Singapura.

Sepanjang kerjaya Allahyarham pernah berlakon banyak filem Melayu klasik antaranya Toping Saitan, Musang Berjanggut dan Pendekar Bujang Lapok.

Dalam satu majlis di Kuala Lumpur bersama bintang-bintang veteran tidak lama dulu, Momo berjaya menggamatkan suasana apabila masih bertenaga dan mampu menyanyi dengan baik ketika membawakan lagu bernada tinggi biarpun usianya ketika itu sudah mencecah 90-an.

Portal Lollipop (http://www.lollipop.sg/) dalam satu artikelnya pada 2013 melaporkan, pada usia berkenaan Allahyarham telah dijemput membuat persembahan sempena memartabatkan bulan bahasa iaitu acara tahunan bagi memperkukuhkan Bahasa Melayu di negara itu.

Lagu-lagu popular nyanyian Allahyarham antaranya Bengawan Solo, Gemala Hati dan Merpati Dua Sejoli, yang juga merupakan lagu duetnya bersama Allahyarham P. Ramlee.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Ahmad Ibrahim, Singapura selepas solat Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Momo Latiff Meninggal Dunia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan