Selesa Di Tempat Awam, Dayang Nurfaizah Bukan Artis Diva

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 5:45 AM

Penggambaran Langit Cinta

  • 1 of 6
  • Dayang Nurfaizah 1

    Sekitar penggambaran klip video lagu Langit Cinta yang dinyanyikan Dayang Nurfaizah. Lagu ciptaan Nurzaidi Abd Rahman ini adalah lagu tema untuk filem Langit Cinta yang bakal ditayangkan pada 7 Januari 2016. Klip video ini akan disiarkan secara eksklusif menerusi Hlive di Astro Ria pada 22 Disember 2015, pukul 8.30 malam. - FOTO: ROHAIZAT MD DARUS.

  • Dayang Nurfaizah 2

  • Dayang Nurfaizah 3

  • Dayang Nurfaizah 4

  • Dayang Nurfaizah 5

  • Dayang Nurfaizah 6

x
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah tidak meletakkan tarafnya seperti diva untuk berada di khalayak sebaliknya bersedia berada di mana-mana tempat dikunjungi kebanyakan orang.

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 33, berkata, dia juga tidak punyai maslah untuk mengunjugi tempat-tempat yang biasa dikunjungi orang ramai kerana ia tidak menjejaskan nilai eksklusif seseorang artis.

"Tak salah makan di medan selera, saya seorang yang sederhana dan tidak cerewet dalam bab makanan. Saya boleh makan sahaja di mana-mana tempat yang ada makanan sedap.

"Kalau diikutkan saya lagi malas nak pergi makan di tempat-tempat istimewa yang mahal-mahal tu," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sesi penggambaran klip video Langit Cinta, di Studio 16, di sini, Rabu.

Dayang diminta mengulas apabila dia sering dilihat berada di tempat-tempat makan seperti medan selera yang dikunjungi orang ramai.

Segelintir pihak berpendapat Dayang tidak wajar berbuat demikian sebaliknya perlu menjaga nilai eksklusifnya dalam dunia seni.

Sementara itu, Dayang berkata, secara peribadi dia merupakan seorang yang mengamalkan hidup bersederhana dan menjalankan kehidupan seperti orang lain.

Dalam pada itu, bercerita tentang kerjaya nyanyian, Dayang yang layak ke Anugerah Juara Lagu 30 (AJL 30) menerusi lagu Tak Pernah Menyerah menganggap pertandingan itu sentiasa relevan kepada artis berpengalaman sepertinya.

Katanya, biarpun terpaksa bersaing dengan penyanyi-penyanyi baharu, dia tetap akan memberi persembahan terbaik.

"Saya tidak menetapkan sampai bila saya akan terus bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu, bagi saya pertandingan itu menguji tahap seorang artis agar tidak terlalu selesa.

"Saya sahut cabaran bersaing dengan artis baharu dan akan beri yang terbaik. Kalau tewas sekalipun saya tidak malu dan menganggap ia sebagai satu pertandingan," ujarnya.

Dalam pada itu, lagu Langit Cinta yang dicipta oleh Nurzaidi Abd Rahman ini merupakan lagu tema untuk filem Langit Cinta yang bakal ditayangkan pada 7 Januari 2016.

Dayang berkata, lagu tersebut memberi cabaran berbeza kerana kali pertama menyanyikan lagu tema untuk filem.

"Cabarannya ialah saya perlu tahu cerita itu bagaimana untuk membawakan lagu ini. Sebab lagu tema ini perlu seiring antara lagu dan filem itu," ujarnya.

Klip video Langit Cinta akan dilancarkan di HLive pada 22 Disember ini pukul 8.30 malam.
Tags / Kata Kunci: Dayang Nurfaizah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan