Shahrizal Jaszle Mengaku Kejadian Khalwat Beri Kesan Buruk

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle memberitahu kejadian ditangkap khalwat pada 16 Mei 2013 benar-benar memberi kesan buruk kepada kehidupan peribadi dan kerjaya lakonannya.

Shahrizal Jaszle Jasmin, 27, atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle berkata, kejadian yang mencalarkan namanya dalam industri itu turut mengakibatkan kerjaya lakonannya suram.

"Apa yang dirancang wanita itu berjaya, dia berjaya putuskan hubungan pertunangan saya dan rosakkan nama saya dalam industri.

"Tentang jodoh itu mungkin sudah ditetapkan Allah, namun kerjaya saya juga selepas kejadian itu agak malap kerana ramai produksi yang tidak mahu panggil saya berlakon, namun Alhamdulillah tawaran sudah kembali semula," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Shahrizal ditemui selepas menghadiri kes perbicaraan khalwatnya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, Selasa.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, Shahrizal mendawkwa  diperangkap oleh seorang wanita Farah Nurizzati Salleh, 25, selepas diminta hadir ke rumah wanita itu.

Shahrizal bersama isterinya Hanis Husna. Mereka nikah pada Mei lalu. Foto ihsan Instagram Shahrizal Jaszle.

Dalam pada itu, ditanya bagaimana dia berhadapan dengan tanggapan masyarakat sepanjang kes yang sudah berlangsung lebih dua tahun itu, Sharizal berkata, dia tetap terus menegakkan keadilan.

"Saya tidak kisah orang fikir apa tentang saya atau ingat kes ini walaupun sudah dua tahun berlalu.

"Saya juga tidak kisah turun naik mahkamah beberapa kali pun, demi maruah saya dan mendedahkan perkara sebenar," ujarnya.

Sementara itu, pelakon yang berkahwin dengan model sambilan Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei lalu itu memberitahu isterinya memahami perkara yang berlaku.

Isterinya itu juga mengenali wanita yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Dia tidak kisah pun saya teruskan kes ini kerana dia kenal wanita itu bagaimana. Dia juga pernah ditipu wanita tersebut," katanya.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Bagaimanapun, pada sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000.

Shahrizal Jaszle pernah mengikat tali pertunangan dengan pelajar jurusan kedoktoran Redwani Puteri pada 8 Disember 2012, namun hubungan mereka putus pada sekitar Jun 2013.

Pada 1 Mei lalu, Shahrizal telah berkahwin dalam diam dengan Hanis Husna Mohamad Nadzree.
Tags / Kata Kunci: Shahrizal Jaszle , Shahz Jaszle

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan