Shah Rezza Bukan Riak Anjur Festival Fesyen Golongan Elit

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 5:45 AM

Shah Rezza gembira melihat muslimah tempatan yang semakin pandai bergaya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan Pengasas Festival Fesyen Islam (IFF), Datuk Shah Rezza bukan mahu bersikap riak apabila menganjurkan acara tersebut yang hanya tertumpu kepada golongan elit sahaja.

Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 54,  berkata, sebaliknya tumpuan yang diberikan kepada golongan VVIP itu  adalah satu strategi penjenamaan ke peringkat antarabangsa.

"Cuba lihat, apabila kasut Datuk Jimmy Choo dibeli kerabat diraja Britain iaitu mendiang Puteri Diana sebelum ini, ia terus dilihat sebagai sebuah jenama yang eksklusif.

"Begitu juga dengan penyanyi Datuk Shake yang menyanyi di Perancis, namanya berada di kelas tersendiri.

"Jadi, saya perlu berpijak di bumi nyata bahawa IFF juga memerlukan strategi begitu. Alhamdulillah, sudah 10 tahun penganjuran IFF, ia sudah berada di kelas yang tersendiri malah mendapat perhatian dunia," katanya kepada mStar Online.

Festival tersebut berlangsung bermula 7 hingga 9 Disember 2015 di Hotel Le Meridien di sini.

IFF kali ini bertemakan Asharah, yang membawa maksud angka 10, berikutan penganjuran festival tersebut yang ke-10.

Antara pereka fesyen yang terlibat ialah Albert King, Datuk Bernard Chandran, Calvin Thoo, Khoon Hooi, Melinda Looi, Syaiful Baharim, Datuk Tom Abang Saufi dan Jovian Mandagie.

Festival IFF berlangsung bermula 7 hingga 9 Disember 2015 di Hotel Le Meridien.

Dalam pada itu, Shah Rezza menyifatkan IFF sedikit sebanyak telah berjaya menarik perhatian masyarakat yang dilihat semakin bijak berfesyen.

"Bagi saya, isu agama dan syariah adalah bersifat peribadi. Mungkin ada yang menganggap fesyen yang ditonjolkan tidak menepati tuntutan Islam. Saya terima semua itu.

"Tetapi wanita yang menutup aurat mempunyai beberapa kategori. Ada yang baru berhijrah dan ada yang sudah lama menutup aurat, tetapi mahu menjaga aurat dengan lebih sempurna. Tetapi semua mereka menuju pada arah sama, iaitu ingin menjadi seorang Islam yang lebih baik.

"Sebab itu, fesyen yang ditampilkan juga pelbagai. Dan Alhamdulillah, saya lihat wanita tempatan yang berhijab sekarang lebih pandai bergaya," ujarnya.

Sementara itu, ditanya pula mengenai perkembangan projek filem Puteri Limau Purut, katanya ia masih lagi dalam pra-produksi kerana sejarah kisah tersebut masih lagi dalam kajian.

"Setakat ini, semua dah siap. Dah boleh jalankan penggambaran. Tetapi kajian tentang Puteri Limau Purut masih belum cukup. Lebih banyak kami kaji, lebih banyak perkara yang kami tidak tahu sebenarnya.

"Jadi biarlah kajian mengenai kisah itu dibuat sebaik-baiknya agar fakta mengenai Puteri Limau Purut sebelum penggambaran dimulakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shah Rezza , IFF

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan