Juara Parodi Khas Kenang Allahyarham Yus (Jambu) Penuh Air Mata

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 1:07 AM

Antara pelawak yang menjayakan Juara Parodi khas bagi mengenang kematian Yus (Jambu). Foto ihsan Faisal Hamid (Astro)

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Rancangan khas Juara Parodi bagi mengenang pelawak Allahyarham Yus (Jambu) atau Yussry Edoo, 39, yang meninggal dunia pada 30 November lalu penuh emosi dan air mata.

Rakan-rakan pelawak dan artis berkongsi pengalaman manis yang masih kuat dalam ingatan mereka sambil diiringi nyanyian daripada peserta Juara Parodi.

Rakan baiknya, pelawak Tauke atau  Zamatul Amri Zakaria, 39, mengakui minggu terakhir tema barang kenangan adalah merupakan salah satu tanda yang paling dekat sebelum pemergiannya. 

Tauke berkata, penyanyi Misha Omar yang juga merupakan ahli kumpulan Kobis Pedas yang turut disertai Yus sebelum ini menerima sebuah bingkai gambar yang seolah-olah menggambarkan pemergian Allahyarham. 

"Saya duduk di belakang pentas sejak awal tadi kerana tidak mahu orang lihat saya menangis. Kalau kawan-kawan perasan sepatutnya minggu ini tema Juara Parodi adalah minggu kenangan. 

"Ketika Misha Omar terambil barang kenangan yang juga prop berupa sebuah bingkai gambar," ujarnya. 

Datuk A.C Mizal (kiri) dan Tauke sugul mengenangkan hubungan bersama Yus.

Dalam pada itu, Tauke berkata, perkara yang masih ralat tidak sempat ditunaikan ialah melihat Allahyarham berkahwin.

"Apa yang saya tidak sempat lakukan adalan untuk kahwinkan dia. Saya pernah memperkenalkan seorang wanita kepadanya, namun belum ada jodoh," ujarnya.

Dalam pada itu, pelawak Azlee Senario dan Lan Pet Pet menganggap pertemuan semula mereka selepas sama-sama pernah menyertai pertandingan realiti program realiti Sinaran Paspot Kegemilangan pada tahun 2001.

"Kami kenal ketika sama-sama dalam program realiti terbitan sebuah stesen televisyen dan kami sangat rapat, namun selepas itu kami terpisah.

"Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengannya dalam sebuah program dan Allah temukan kami dalam program Juara Parodi walaupun hanya tiga minggu sahaja kami bersama," ujar Azlee.

Sementara itu, pelawak Lan Pet Pet berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan seorang sabahat yang banyak mendengar masalah dan menghabiskan masa bersama di kampung halaman mereka di Perlis.

Dalam pada itu, pelawak Ajak Shiro menyifatkan arwah sahabat yang sentiasa merendah diri. Katanya, Allahyarham Yus juga sering bertanya khabar dan menciumnya dari belakang.

Rakan-rakan pelawak yang juga peserta Juara Parodi.

"Dia sering cium saya di pipi dan leher dari belakang semata-mata nak kenakan janggutnya di leher dan pipi saya.

"Mula-mula memang saya mengelak kerana geli, tapi minggu lalu saya sengaja toleh tempat lain supaya dia cium saya dan tidak sangka itu kali terakhir," ujarnya.

Pelakon Sabri Yunus turut mendedahkan keputusannya untuk berhenti melawak juga dipengaruhi oleh Allahyarham.

Katanya, Allahyarham terlalu menghormatinya sehingga tidak mahu  mengadakan persembahan dan melawak dengannya di pentas.

"Saya berhenti melawak kerana Yus terlalu menghormati saya hingga tidak mahu melawak dengan saya ketika kami sama-sama di pentas.

"Apa yang kami bincangan semua perkara serius sahaja dan dia selalu menceritakan impian-impannya yang tidak kesampaian," ujarnya.

Penerbit Eksekutif Vision Works yang juga juri tetap program berkenaan Afdlin Shauki berkata, kumpulan Kobis Pedas belum lagi membuat keputusan sama ada untuk meneruskan atau menarik diri dalam pertandingan tersebut.

"Tauke dan Misha Omar masih belum membuat keputusan untuk teruskan atau tarik diri dari program ini.

"Kami tidak menghalang apa juga keputusan mereka kerana saya faham mereka sukar untuk meneruskan kerana terlalu banyak kenangan dengan arwah," ujarnya.

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi pada 30 November lalu.

Jenazah  dikebumikan  di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Juara Parodi turut dibintangi Zero, Mawi, Shuib, Mark Adam, Sam Bunkface,  Zoey, Shuk, Zahid, Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad, Tomok, Rahim, Ajak, Datuk Hattan, Waris, Abam, Fad Bocey, Firman,  Azlee Senario, Lan Pet Pet, Black dan Achey.

Program Juara Parodi bersiaran setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran132) dan Mustika HD (Saluran 134).
Tags / Kata Kunci: Yus Jambu , Juara Parodi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan