Siti Nurhaliza Kongsi Berita Keguguran Kepada 3.9 Juta Peminat

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 11:04 AM

Siti Nurhaliza reda kandungannya yang berusia dua bulan keguguran.

(Ubah saiz teks)

PETALING  JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada Selasa berkongsi berita sedih mengalami keguguran kepada 3.9 juta peminatnya di laman sosial miliknya.

Siti, 36, berkata, pada asalnya dia ingin berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya itu tetapi selepas kandungan itu stabil, namun  terpaksa reda dengan ketentuan Ilahi apabila dia keguguran di usia kandungannya itu dua bulan.

Siti Nurhaliza membuat kenyataan terbuka mengenai keguguran kandungannya.

"Mula-mula Siti ingin berkongsi cerita indah namun Siti pecaya semua dugaan ada hikmah dariNya. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga.

"Nak mengiakan pun takut kerana anugerah ini terlalu baru dan fragile untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai. Ternyata, Allah SWT pinjamkan anugerah ini untuk seketika," katanya.

Tambah Siti, dia tetap bersyukur apabila sempat merasa untuk mengandungkan anaknya walaupun hanya untuk tempoh dua bulan sahaja.Malah dia percaya keguguran tersebut mungkin satu permulaan untuk dia mendapatkan cahayamata pada masa akan datang.

"Sempat dua bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran. Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Siti jawapan di atas doa Siti... Insya-Allah semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya,” katanya.

Sehingga kini Siti mempunyai sebanyak 2.1 juta pengikut di Intagram manakala 1.8 juta di Twitter.

Siti dan suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa berkahwin pada 21 Ogos 2006.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan