Persembahan 'One Night Only' Faizal Tahir Ubat Kerinduan Peminat

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 2:17 PM

Faizal Tahir pada konsert One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Menara Berkembar Petronas, di sini, pada malam Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa tahun tidak beraksi di pentas, Faizal Tahir telah mengubat kerinduan peminat-peminatnya menerusi persembahan konsert One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Menara Berkembar Petronas, di sini, pada malam Isnin.

Faizal, 37, menyampaikan lebih 10 buah lagu popular sepanjang sembilan tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

Tanpa menggunakan khidmat pemuzik orkestra, Faizal hanya tampil bersama kumpulan band yang sering bekerjasama iaitu Lee Sze Wan (keyboard), Kee Zulhardnan (gitar), Wan kelly (bass), Azim Ali (dram) dan Aubrey Suwito (piano).


Memulakan persembahannya dengan lagu Batu Dan Golek, Faizal membuka tirai dengan aksi selamba di pentas menyampaikan lagu tersebut dengan penuh bersahaja.

Malah bagi lagu pertama sahaja, penonton sudah mula semangat menyanyi bersama-sama dengan penyanyi itu.

Dalam pada itu, sebelum Faizal membawakan lagu Mahakarya Cinta, dia turut mendedahkan, ia adalah antara lagu yang tidak disukainya.

"Mahakarya Cinta adalah lagu yang paling saya tidak suka, tetapi lagu ini juga membuka jalan saya menjadi seorang anak seni berjaya, seperti mana saya sekarang ini.


"Lagu ciptaan Audi Mok inilah yang menaikkan nama saya," katanya.

Antara lagu lain yang dinyanyikan Faizal ialah La Da Di Dum, Bencinta, Anti Graviti, Hanyut, Sayang, Cuba dan Gemuruh.

Faizal turut menyampaikan lagu medley iaitu Seamat Malam, Sampai Syurga dan Semesta.

Pada selingan antara lagu-lagu yang disampaikan, Faizal juga berinteraksi dengan penonton dan mengajak penonton menari serta menyanyi bersama-sama dengannya.

Malah pengacara konsert tersebut iaitu Alif Satar turut membuat sesi temubual bersama Faizal mengenai kisah-kisah hidupnya sepanjang bergelar anak seni.

Telatah Alif yang mengenakan Faizal membuatkan penonton bergelak sakan sekali gus menceriakan lagi suasana konsert berkenaan.

Sementara itu, penyanyi Elizabeth Tan turut menjadi penyanyi undangan menyanyikan lagu Setia bersama Faizal manakala Aziz Harun mempersembahkan lagu Beautiful.

Tags / Kata Kunci: Faizal Tahir

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan