'Saya Tak Sangka Yus Jambu Akhirnya Berehat Panjang' - Mokhzani - Berita Hiburan | mStar

'Saya Tak Sangka Yus Jambu Akhirnya Berehat Panjang' - Mokhzani

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 1:44 PM

Mokhzani yakin dengan bakat-bakat yang dikeluarkan oleh RTM.

Datuk Mokhzani

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Saya sibuk sangat sekarang Datuk, nak rehat pun susah... harap lepas ni bolehlah rehat panjang," itu gurauan terakhir Yussry Eddo yang lebih dikenali sebagai Yus Jambu kepada Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Mokhzani Ismail.

Menurut Mokhzani, pelawak itu berkata demikian kepadanya selepas beliau menawarkan sebuah persembahan di Perlis pada 12 Dis ini.

"Saya tak sangka gurauan tersebut rupanya tanda dia nak 'pergi' selamanya...itu juga kali terakhir saya berhubung dengan beliau," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin. 

Beliau yang mula mengenali Yus pada 2001 ketika Allahyarham aktif menari dan bermain gendang di Jabatan Kebudayaan Perlis serta menyifatkan pelawak itu seorang yang berbakat besar dalam bidang seni dan sentiasa merendah diri.

Yus (kanan) bersama gandingannya iaitu Tauke yang membentuk kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak siaran Astro.


Sementara itu, rakan baiknya, Amm Raja Lawak atau nama sebenarnya Aman Shah Asri, 31, berkata kehilangan Yus pasti dirindui kerana Allahyarham merupakan orang pertama yang menghubungi beliau ketika menghadapi musibah.

"Dialah orang pertama yang akan bertanya keadaan saya apabila saya atau anak saya jatuh sakit atau ditimpa sebarang musibah.

"Yus juga seorang yang penyayang dan mengambil berat akan rakannya serta tidak berkira untuk mengeluarkan duitnya kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam keadaan sebak kerana tidak dapat menziarahi jenazah akibat terikat dengan tugasan di Kuala Selangor.

Amm yang kali terakhir berjumpa arwah pada 1 Nov lepas, dalam sebuah program di Perak turut berkata Yus berkelakuan agak aneh berbanding biasa. 

"Allahyarham berulang kali mengingatkan saya supaya berhati-hati memandu pulang ke Kuala Lumpur dan memberitahu dia risau akan keselamatan saya.

"Ketika itu, saya benar-benar ditimpa kemalangan dan menerima beberapa jahitan di kepala," katanya.

Beliau yang mengenali Yus Jambu sejak awal penglibatannya dalam industri seni pada 2009 berkata Allahyarham banyak memberikan semangat mengenai bakat dan sering memujuk untuk bersama-sama menyertai rancangan Maharaja lawak Mega.

Yus Jambu merupakan juara program Raja Lawak Astro musim pertama pada 2007, meninggal dunia pada kira-kira 1 pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham, 39, dikejarkan ke hospital berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Selayang selepas mengadu sesak nafas.

Beliau sebelum itu, mengadakan persembahan program Raja Band di Dataran Merdeka, malam Ahad. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mokhzani , Yus Jambu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan