Fazley Yaakob Lancar Buku Masakan Di Perancis

Diterbitkan: Ahad, 29 November 2015 5:30 AM

Fazley melancarkan buku resepi berjudul My Sucre Story di Perancis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan bekas juara program Masterchef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob melangkah setapak dalam karier sebagai chef apabila melancarkan buku resepi pertamanya berjudul My Surce Story di Paris, Perancis baru-baru ini.

Fazley berkata, pelancaran buku tersebut adalah sebagai tanda penghormatan dalam bidang masakan Perancis selain ingin berkongsi pengalaman dalam perjalanannya bergelar seorang chef bertauliah.

"Saya melancarkan buku resepi tersebut sebagai satu penghormatan kepada pengajian saya dalam bidang masakan Perancis selama beberapa tahun sebelum ini.

"Menerusi buku ini juga menceritakan detik-detik manis dalam perjalanan saya sebagai seorang chef sejak kecil sehingga mendapat tauliah daripada Le Cordon Bleu pada 2013," katanya.

Fazley turut memasak masakan Malaysia pada majlis pelancaran tersebut.

Pelancaran My Sucre Story telah diadakan di Rumah Malaysia iaitu kediaman rasmi untuk Duta Malaysia di Perancis dan turut dihadiri oleh pegawai dari Kedutaan Malaysia di Paris, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Le Cordon Bleu, media tempatan dan warga Malaysia yang menetap di negara tersebut.

Dalam pada itu, Fazley berkata, perkataan 'Sucre' yang digunakan pada tajuk buku berkenaan membawa maksud manis atau gula dalam bahasa Perancis ia mengandungi lima bab.

Menerusi buku berkenaan, Fazley memberi penekanan kepada tiga idea iaitu masakan klasik dari kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan, manisan Perancis dan makanan Asian-fusion yang terdapat di restorannya iaitu SukaSucre Bistro.

Fazley mengorak selangkah kehadapan dalam karier kulinarinya. 

"Buku ini bukan hanya memaparkan masakan Perancis tetapi masakan Melayu. Sebanyak 35 resepi istimewa terdapat dalam buku ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazley kini sedang menyambung pengajian dalam bidang ijazah Akademik Rasa, Gastronomi dan Seni Meja di universiti Reims Champagne-Ardenne di Reims, Perancis.

Ini adalah kali kedua Fazley melanjutkan pengajian dalam bidang masakan di Perancis selepas menamatkan kursus di Institut Kulinari Le Cordon Bleu pada 2013.

Tags / Kata Kunci: Fazley Yaakob , My Sucre Story

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan