Amir (Raja Lawak) Kesal Sikap Rakan Pelawak Enggan Bantu Promosi Roti Bakar

Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 6:00 AM

Amir dengan gerai Roti Bakar Amirreka.

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Pelawak Amir (Raja Lawak) terkilan dengan sikap segelintir rakan pelawak yang enggan membantunya mempromosi bisnes roti bakar menerusi laman sosial Instagram milik mereka.

Bagaimanapun, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata,  ia adalah salah satu cabaran buatnya yang baharu menceburkan diri dalam bidang peniagaan.

“Susah juga nak minta bantuan rakan-rakan pelawak terutama yang popular, saya ada minta mereka promosi di Instagram sudah bagi gambar dan kapsyen sekali tapi tidak dilayan.

“Mula-mula dilayan saya, tapi bila saya kata minta tolong promosi terus senyap sahaja walaupun dia membaca mesej itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Cabaran Grandstand Suria Fm di Gua Damai Extreme Park, di sini, Ahad.

Amir berkata demikian ketika mengulas perkembangan perniagaan makanan snek roti bakar, Roti Bakar Amirreka yang diusahakan sejak awal tahun lalu.

Setakat ini, Roti Bakar Amirreka sudah mempunyai dua cawangan iaitu di Sri Gombak dan Batu Caves, di sini.

Dalam pada itu, Amir berkata, dia mendapat bantuan daripada seorang selebriti laman sosial iaitu Zukieeeee.

“Ada seorang kawan mencadangkan agar saya membeli iklan di laman page seorang selebriti laman sosial iaitu Zukieeeee kerana dia mempunyai pengikut lebih 100,000 di Facebook.

Sementara itu, Amir berkata, dia ingin membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk francais bagi menjalankan bisnes tersebut di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Saya juga sedang mencari orang yang berminat untuk membuka perniagaan ini di tempat mereka. Modal untuk membuka bisnes ini tidak begitu mahal dan boleh menghubungi rakan kongsi saya Shahril 0196037261," ujarnya. 

Dalam pada itu, dia juga merancang untuk berkolaborasi dengan Zukieeeee dalam menghasilkan video-video viral yang boleh menarik pengikut laman sosial.

“Saya nampak selebriti laman sosial seperti dia boleh hasilkan pendapatan juga. Video-video lucu yang dihasilkan menarik ramai pengikut.

“Ramai yang minta dia buat iklan dan review peniagaan dengan bayaran agak tinggi. Saya juga sedang fikir untuk berkolaborasi dan ber idea untuk video-videonya akan datang,” ujarnya.

A video posted by amir_rl3 (@amirrajalawak) on

Tags / Kata Kunci: Amir Raja Lawak , Zukieeeee

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan