Syed Mohd Bakri Diumum Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2015 12:20 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Peserta berasal Kuantan Pahang Syed Mohd Bakri Syed Ishak diumumkan sebagai juara rancangan realiti agama Islam, Pencetus Ummah (PU) musim ketiga dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini malam Khamis.


Kemenangan pemuda berusia 33 tahun yang juga seorang guru itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Pada pertandingan akhir itu Syed Mohd Bakri memilih tajuk 'Masjid Mengapa Kau Dipinggirkan' dan 'Malam Pertama Di Barzakh'.

Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Taha Mohd Omar, 28, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing menjadi milik Abdul Zaid Abdul, 30 dan Mohamad Amirul Amin, 25.

Pemenang kedua, ketiga dan keempat memperoleh wang tunai RM10,000 bersama sebuah trofi.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Fuad Mat Ali dan Datuk Ustaz Kazim Elias.

Antara artis yang turut membuat persembahan ialah Aweera, Mawi, Daly Filsuf, In-Team dan Unic. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan sistem pemarkahan sebanyak 70 peratus oleh juri di studio sementara selebihnya adalah pilihan penonton.

Antara juri terlibat dalam PU musim kedua ini ialah Ustaz Kazim Elias dan deejay Sinar FM, Abby Fana, manakala juri jemputan ialah Dr Maza dan Ustaz Farid Ravi.

Pentas akhir Pencerus Ummah ini dihoskan oleh Ustaz Zulkefli Hamat dan pelakon Shamsul Ghau-Ghau.

Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan