Encik Mimpi Kunci Mulut Gosip Kahwin Kerana Mahukan Publisiti

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 5:45 AM

Encik Mimpi kini menjadi jurucakap kepada produk Leto Krush. Foto: Haziq Azimi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Desas-desus mengenai status perkahwinannya Encik Mimpi yang dikatakan berlangsung dalam diam akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan tidak pernah berkahwin.

Encik Mimpi atau nama sebenarnya Mohd Azam Zamri, 27, berkata, sebelum ini dia mengelak daripada menjawab gosip berkenaan kerana ia strategi untuk memperkukuhkan namanya sebagai artis ketika itu.

"Saya masih solo dan tidak pernah berkahwin seperti mana didakwa sebelum ini.

"Saya tidak mengaku atau menafikan gosip berkenaan kerana ia cadangan daripada pihak pengurusan sebagai satu strategi menaikkan nama saya sebagai penyanyi.

"Apabila orang terus tertanya-tanya dan bercerita mengenainya ia adalah satu bentuk promosi kepada saya tambahan pula saya menampilkan imej misteri jadi saya biarkan perkara itu menjadi teka-teki biarpun hakikatnya saya masih bujang," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini kecoh apabila Encik Mimpi dikatakan sudah berkahwin apabila gambar perkahwinan dipercayai miliknya tersebar di laman sosial.

Encik Mimpi ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta minuman jenama Leto Krush di Mutiara Damansara di sini, Selasa.

Encik Mimpi.

Penyanyi lagu Rindukanlah itu mewakili satu daripada sembilan perisa iaitu Ragdoll campuran mangga, nenas, pisang dan markisa.

Dalam pada itu, Encik Mimpi berkata, dia enggan lagi berselindung tentang hal peribadinya dan akan berterus-terang sekiranya ditanya oleh pihak media.

Bagaimanapun kata penyanyi itu, dia tidak akan mendedahkan terlalu banyak berhubung kehidupan peribadinya kerana bimbang ia akan membawa kepada isu lain.

"Jika ada yang tanya dan perkara itu benar saya akan mengaku dan sebaliknya tetapi akan tetap meletakkan had kerana bimbang akan timbul isu lain," jelasnya.

Sementara itu, Encik Mimpi mengakui sedang mengenali hati budi kenalan lamanya selepas bertemu kembali wanita berkenaan di Facebook.

Dia menyukai wanita berkenaan yang juga rakan sekolahnya namun hubungan mereka terputus selepas dia melanjutkan pelajaran ke Jepun pada 2008.

"Tidak sangka pula bertemu dengannya kembali di Facebook selepas bertahun-tahun terputus hubungan namun kami masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing," ujarnya.

Bercakap mengenai pelantikannya sebagai duta Ragdoll, Encik Mimpi berkata, dia mengenali pemilik Leto Krush kerana dia adalah pelanggan setia minuman tersebut.

Atas dasar itu, dia dipelawa menjadi jurucakap jenama berkenaan dan menjadi artis pertama dipilih mewakili produk itu.

Dalam perkembangan lain, Encik Mimpi bakal tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi selepas beberapa bulan fokusnya kepada perniagaan.

"Tahun ini saya banyak memberi tumpuan kepada bidang perniagaan sehingga mungkin ada yang terlupa sebenarnya saya seorang penyanyi.

"Sudah tiba masanya saya kembali aktif dan akan melancarkan single terbaharu," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Encik Mimpi

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan