Awi Rafael Jawab Isu Tiada Permit Kerja, Elak Bayar Cukai

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2015 6:00 AM

Awi bakal keluar single terbaharu berjudul Manusia Sempurna.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi berasal dari Singapura iaitu Awi Rafael menyangkal dakwaan tidak mempunyai permit kerja dan telah menyalahgunakan pas lawatan untuk menjalankan aktiviti seni di negara ini.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 28, berkata dia mengikut prosedur undang-undang yang betul dan segala urusan permit diuruskan oleh syarikat rakamannya iaitu Warner Music.

"Segala urusan berkaitan permit diuruskan oleh Warner Music dan saya pasti tidak ada masalah kerana label tersebut menguruskan ramai lagi artis luar yang bekerja di sini.

"Tiada isu saya sengaja lari daripada membayar cukai kerana setiap bulan saya pasti membayar cukai yang sepatutnya. Setiap urusan itu ada saya simpan sebagai bukti jika mereka mahu," ujarnya kepada mStar Online.

Awi diminta mengulas tentang laporan ruangan pojok sebuah akhbar bahawa dia tidak mempunyai permit kerja dan pernah ditahan pihak imigrisen kerana kesalahan tersebut.

Awi Rafael turut memeriahkan acara Jelajah Anugerah Juara Lagu 28.
Awi Rafael

Tambah Awi, sepanjang bekerja di negara ini dia tidak pernah berhadapan masalah dengan pihak berkuasa berkenaan.

"Sudah lebih kurang lima tahun saya bekerja di sini, setakat ini belum ada apa-apa masalah dengan pihak berkuasa berkaitan permit.

"Saya harap dapat jelaskan salah faham ini kerana tidak mahu orang lain tidak senang pula dengan saya. Saya pun mahu kerja lama di negara ini dan perlu ikut jalan yang betul," ujarnya.

Sementara itu, Awi berkata, dia masih belum boleh memohon untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di negara ini seperti pelakon Aaron Aziz.

"Aaron sudah lama berada di Malaysia dan dia juga sudah berkeluarga, malah permit bekerja kami pemuzik dan pelakon juga berbeza.

"Insya-Allah kalau ada rezeki saya berkahwin dengan rakyat tempatan nanti mungkin lebih mudah untuk memohon," ujarnya sambil berseloroh.

Bercakap soal kerjaya, Awi berkata, dia kini baharu sahaja siap menghasilkan single terbaharu berjudul Manusia Sempurna bersama penyanyi Ayai.

Lagu tersebut akan dilancarkan bersama klip video tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: Awi Rafael

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan